07 January 2012

Kalau anda di dalam kedudukan Anwar Ibrahim...



Jika kita berfikir sejenak… bagaimana jikalau kita sendiri berada di dalam kedudukan Anwar Ibrahim… tentunya menggelupur perasaan hidup tak tentu arah dalam masa seminggu ini.


Tapi, bagi seorang pejuang tulen, tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan…. Masuk penjara, bagi Anwar tidak mengapa… kerana inilah harga perjuangan yang perlu dilalui untuk menyedarkan Rakyat betapa perlunya Rakyat di negara ini melakukan perubahan.

Kegusaran Anwar ialah apabila Rakyat membutakan mata, memekakkan telinga bila berhadapan dengan masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti harga barang naik, kos kehidupan memeritkan seluruh keluarga kita, wang rakyat dikhianati oleh pemimpin korup dan akhirnya Rakyat Malaysia berterusan ditipu oleh Umno dan Barisan nasional demi kepentingan politik dan kuasa mereka.

Kalau nak disabitkan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim… dari dulu lagi puak-puak pemimpin UmnoBn akan mengorek selagi boleh semua penyelewengan Anwar sejak beliau memasuki Umno pada tahun 1982.

Tetapi TIDAK ADA SATU PUN tuduhan penyelewengan yang didedahkan atau dibuktikan semenjak beliau dipecat pada 2 September 1998.

Kalau ada seinci tanah yang diambil oleh Anwar, sudah pasti tuduhan akan dibongkarkan… Jika ada satu penyelewengan kewangan berlaku semasa beliau Menteri Kewangan selama 8 tahun, sudah pasti beliau sudah lama didakwa di mahkamah. Kalau ada satu pembongkaran mengenai beliau memiliki rumah Jutaan Ringgit, sudah tentu Anwar senasib Khir Toyo…



SEKS


Sebab itu Anwar dituduh dengan tuduhan yang membabitkan seks sejak dari zaman Fitnah Mahathir hingga ke zaman Fitnah 2 Najib. Sebab isu seks ini membuka selera mata dan telinga kebanyakan rakyat di dunia ini…

Isu seks ini tidak perlu menunjukkan bukti… apabila diperkatakan orang tentang seks… adrenalin manusia akan meningkat… dan orang mudah percaya… terutamanya orang Islam yang tiada pegangan AlQuran yang tidak takut memfitnah sesama manusia tanpa 4 orang saksi yang adil…

Sebab itu kes Fitnah 2 ini hanya membabitkan “kata-kata” Saiful sahaja sebagai bukti pendakwaan tanpa bukti berdokumentasi yang kukuh untuk mendakwa. Mereka hanya mencipta persepsi dari ayat-ayat yang diperkatakan oleh Saiful, yang boleh memesongkan pemikiran manusia yang tiada pegangan agama Islam dan AlQuran.

Dengan keadaan dan tanggapan orang ramai yang berlaku sekarang ini, maka Najib, Umno dan BN akan “menitahkan” bahawa Anwar didapati bersalah, dikenakan hukuman dan dibenarkan ikat jamin, kerana Anwar tidak boleh dimasukkan ke penjara kerana peristiwa dan kebangkitan Rakyat tahun 1998 akan berulang.

Inikah yang akan berlaku???

Najib sudah tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan pengundi atas pagar orang-orang Melayu, dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat akan terbantut dalam tindakan seterusnya…- Reformis Anak Muda


source:reformisanakmuda.blogspot

Pengganti Anwar sudah ditemui!!

Wanted — ‘Anwar’ to take on Anwar

cheers.

No comments: