01 April 2011

Johari Abdul - Polis mesti siasat motif tayangan....

Siasatan terhadap video fitnah harus tertumpu kepada motif tayangan dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau yang pernah menonton video itu sebelum mengesahkan individu dalam rakaman bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata trio Datuk T perlu memberi penjelasan beberapa perkara berkaitan tayangan rakaman berkenaan.

“Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar menafikan beliau terlibat.

Datuk Trio patut dikenakan tindakan kerana ia melibatkan penayangan dan mereka juga memiliki bahan lucah,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata, polis perlu menangkap Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim kerana mereka adalah saspek, bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien.

Mereka sepatutnya ditangkap segera dan lakukan soal siasat terhadap mereka, bukannya mengambil kenyataan sahaja.

Mengikut undang-undang, mereka bertiga boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang kepada umum,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Tegasnya lagi, trio Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai meletak jawatan dalam parti.

“Banyak benda tidak betul dan polis perlu tegas mengambil tindakan terhadap pesalah dan hukum mereka,” katanya.

source:keadilan daily

'Authenticity of sex video a red herring from the IGP, says Surendran'


'Royal commission of Inquiry'

'Banyak yang tak betoi ni...'


Dengar apa kata YB.Khalid Samad tentang video seks ini.....




cheers.

No comments: