25 July 2013

Rafizi: Tugas depa (bos SPR) adalah untuk menjawab isu dakwat bukan lagak cabar mencabar...


Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang kononnya mencabar saya mengulangi ucapan di dalam Dewan Rakyat dengan menyebut secara khusus nama mereka membayangkan bagaimana partisannya dan berat sebelahnya kedua-dua mereka ini. Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik.

Saya telah ulang pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan amalan perolehan yang meragukan di luar dewan. Saya telah mempersoalkan peranan dan keterlibatan pimpinan SPR di dalam proses ini yang menghakis sepenuhnya keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, kedua-dua mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesemua perkara ini – dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada perlantikan pembekal melalui rundingan terus yang membolot kontrak-kontrak pembekalan tetapi gagal melaksanakannya dengan baik.

Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan oleh kedua-dua mereka sekarang.

Isu sebenarnya adalah kegagalan kedua-dua mereka mengendalikan pilihanraya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka, terutamanya kegagalan pelaksanaan dakwat kekal. Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain.

Sebagai pimpinan tertinggi SPR, mereka perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini.


"Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?," katanya.

 

Jika mereka benar-benar menjalankan tugas dengan baik, sudah tentu mereka boleh menjawab persoalan-persoalan berikut yang menurunkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPR:

1. Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Ali dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal?

2. Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?

3. Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?

4. Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?

5. Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?



Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.

Namun, kedua-dua mereka kini bersembunyi di sebalik isu cabar-mencabar kerana tidak berani untuk menjawab kelima-lima soalan yang berlegar di fikiran rakyat kini. Hakikat bahawa mereka lebih lantang cabar mencabar dari membersihkan nama SPR dengan menjawab soalan-soalan ini membayangkan ada perkara yang tidak telus yang mahu disembunyikan.- Rafizi Ramli,MP Pandan



Rafizi calls EC duo's dare a ploy to avoid questions...

PKR MP Rafizi Ramli has accused the top Election Commission (EC) duo of issuing dares as a means to avoid having to answer questions raised on the use of indelible ink in the May 5 general election.

NONEThe fact that the EC head and his deputy were willing to issue challenges instead of trying to clear the EC’s name by addressing the questions raised “reflects that there are non-transparent elements that (they) wish to hide”.

He was referring to the challenge commission chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof and his deputy Wan Ahmad Wan Omar issued to Rafizi yesterday to repeat outside Parliament his allegation linking them to the supplier of the indelible ink if he was “man enough”, so that they could take legal action against him.

“However, the two are now hiding behind the challenge because they do not dare to answer the five questions currently lingering in the minds of the rakyat,” Rafizi said in a statement today.

The five questions are:

  • Why were the companies belonging to Mohamed Salleh Mohd Ali, the man Rafizi named in the Dewan Rakyat as one of the directors with links to the EC, selected to supply election materials, including the ink, to the EC through direct negotiations?
  • What is the involvement of the EC chairperson and his deputy in obtaining the items, especially the ink?
  • Did the two really fully let go of the whole business of the supplier when that is the most important aspect in implementing the use of indelible ink, which was much touted by the EC?
  • Were they truly not involved in any discussion pertaining to the ink, including its demonstration, chemical content, implementation, etc?
  • When addressing media questions on the ink, did the two not discuss the matter with the other EC officers?
‘So sue me if I’m wrong’


“As the most senior leaders of the EC, they are both fully responsibility for all these - from the failure of the indelible ink to the appointment of its supplier through direct negotiations that clinched all the supply contracts but failed to execute them well,” Rafizi said.

He also questioned why Abdul Aziz and Wan Ahmad were bent on protecting and hiding the identity of the ink supplier when the supplier had affected the EC’s credibility in the eyes of the people.

As to their dare, the Pandan MP said since he has already repeated his allegations outside the Dewan Rakyat, the two could take legal action against him if his allegations are wrong.

“My statement outside of the Dewan is enough for them to take legal action.

“The question of following the wishes of those who are trying to avoid the real questions by bringing up this ‘who is more a man’ dare that they are playing does not arise,” his statement reads.

Rafizi had, on July 18, repeated outside the Dewan Rakyat his allegation that the supplier of the indelible ink won the contract due to close ties with “government leaders including the chairperson and deputy chairperson of the EC”.

The EC top brass has since denied the allegation while Malaysiakini has been trying to contact the company, Integrated Challenger, for its response.-malaysiakini




 
cheers.

1 comment:

Qaseh Bonda said...

Government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the Earth- Abraham Lincoln

Kesian kat tua2 kutok ni. Harap umoq saja dah tua. Orang muda pun faham kerajaan sebenarnya itu untuk siapa.

Tak penat ka menipu demi nak memenangkan kerajaan penindas. Kesian tengok wajah2 tua yang masih tak jumpa jalan pulang.