27 May 2010

Serahan 2 blok telaga minyak,Tanjong Pagar dan Judi Bola.......

Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkkhianatan kepada negara.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.

Tiada perbincangan

Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen. Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"Akhirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.

Baca di sini.

source:malaysiakini

Malaysia sudah kehilangan kedaulatan dan maruah setelah Pulau Batu Puteh kembali kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Kenapa tanah 271 hektar ditukar dengan tanah 7 hektar dengan begitu mudah saja? Itu menunjukkan betapa cerdiknya pemimpin UMNO termasuk Najib,bila berunding dengan pemimpin Singapura!!

Persoalan saya adalah kenapa serah 40% hak tanah KTMB tersebut sedangkan tanah pajakan 999 tahun adalah 100% hak kita? Bukankah perjanjian 1918 adalah berkaitan dengan pajakan tanah KTMB selama 999 tahun yang tamat pada 2917.

Jadi apakah jadah Najib minta KTMB keluar daripada tanah tersebut pada 2011?

Bukankah perjanjian itu perlu mendapat kelulusan dari Parlimen?

Pemimpin-pemimpin Singapura bukanlah bodoh berbanding dengan pemimpin kita yang hanya mahu lihat keuntungan jangka pendek serta dapat menguntungkan kroni-kroni mereka saja sedangkan isu-isu sebenar diketepikan............

Jangan lupa tentang skandal Sime Darby yang kerugian sebanyak RM9 bilion. PNB adalah pemegang saham terbesar dalam Sime Darby. Apakah dividen dan bonos ASN/ASB tahun ini kekal pada tahap yang sama atau berkurangan?

Pikiaq2 mai..........

cheers.

No comments: