19 May 2010

Mai kita tengok samada SPR barua Najib atau sebaliknya........



Ini apa Najib 1Malaysia berjanji.............

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not?” Najib asked some 1,000 people who attended a public rally at the residential area.

“The understanding is quite simple. I help you, you help me,”

“If Robert Lau becomes MP on Sunday, on Monday(17/5/10), I will ask the cheque to be prepared. Do we have a deal or not? We do!

"You want the RM5 million, I want Robert Lau to win,” Najib had reportedly told the crowd.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memberi tempoh sehingga Isnin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menawarkan rasuah kepada penduduk Sibu semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Kegagalan berbuat demikian, pihak DAP kata Karpal akan membuat laporan polis terhadap Najib di Sibu.

Semalam Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada PRK Sibu semasa berkempen pada satu majlis di Rejang Park Sabtu lalu. Akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times memetik kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris(seperti yang tercatat di atas). Dalam ucapan beliau, Najib dikatakan menjanjikan RM5 juta bantuan kerajaan pusat untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang PRK Sibu.

"Ini adalah perlakuan amat serius yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri bukannya rakyat biasa.

"Saya beri tempoh satu minggu sehingga isnin depan untuk SPR mendakwa Najib. Sebenarnya SPR sepatutnya bertindak serta merta terhadap Perdana Menteri," kata Karpal ketika dihubungi Suara Keadilan.

Karpal berkata Najib boleh didakwa Seksyen 10 (1)(B) dan Seksyen 11 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa denda RM2,000 dan penjara tidak kurang daripada dua tahun.

source-suarakeadilan

Mungkinkah satu lagi PRK bakal di adakan di Pekan..........

cheers.

1 comment: