28 May 2010

Malaysia akan bankrap jika rakyat pilih BN/UMNO lagi.......

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara. Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun. Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh". "Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

source:malaysiakini

En.Idris Jala, Somalia adalah negara pengimport minyak jadi tak hairan kalau rakyatnya terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Malaysia disamping mengimpot minyak, ia juga mengekspot minyak berkualiti tinggi. Duit minyak tu pergi ke mana? Royalti minyak untuk Kelantan pun Najib tak mau bayar.

Langkah pertama mengurangkan subsidi adalah dengan menaikkan harga minyak petrol. Harga petrol akan dinaikan 15 sen antara Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol yang rakyat kena bayar adalah........

2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Kenapa ugut rakyat nak tarik subsidi, walhal jumlah subsidi setahun bagi rakyat baru RM 3.4 bilion saja.

Sebaliknya gomen sanggup bagi subsidi kepada IPP(independent power producers) yang dimilikki oleh syarikat kroni adalah berjumlah RM 13 bilion setahun!!

Apakah jadah semua ini? Perkenal Judi Bola,laksanakan GST,naikkan harga petrol,tarik subsidi atas barang-barang keperluan rakyat,jual tanah KTMB Tanjung Pagar,Kranji dan Woodlands seluas 271 hektar dan terima 7 hektar sebagai ganti, tubuh syarikat usahasama M-S Pte.Ltd. pada nisbah 60%-40% atas tanah milik kita 100%(biul betul), dsbnya......membuktikan GOMEN TAK ADA DUIT!!!!!

Betul kata Idris Jala, Malaysia akan bankrap sekiranya rakyat pilih BN/UMNO lagi pada PRU ke-13 nanti......

cheers.

No comments: