12 May 2010

Karpal hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah......

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan dia sebenarnya ada mendampingi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008. Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.

Bekas pembantu khas Anwar itu yang mendakwa diliwat oleh beberapa kali hari ini memberitahu mahkamah, dia ada bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008, pada hari dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan juga seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di Hotel Mulia. Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.

“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.

Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”

Saiful kelihatan lain berbanding kelmarin di mana dia muncul yakin apabila ditanya bagaimana dia memperoleh nombor telefon. Saiful berkata, ketika dia berada di rumah Najib dia terdengar perbualan antara Najib, ketika itu timbalan perdana menteri dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu, menurut Saiful, memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.

“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.

Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Ezam, yang dua minggu lalu mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara selepas menyertai Umno pertengahan 2008. Menurut Saiful, dia mengadakan pertemuan dengan Ezam lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Sebelah pagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008. Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh by Anwar.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Disoal-siasat oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar. Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.

“Najib terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib. Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.

Sementara,sebelah pagi tadi,Karpal Pula Mahu Di Dakwa Hina Mahkamah. Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.,” katanya.

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang. Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis. Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh. Selepas rehat seketika, hakim memutuskan tidak ada tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Karpal berhubung kenyataannya itu.

source:rakyat marhaen

Kenyataan saksi yang dibuat oleh saksi kepapada polis biasanya diberi kepada pihak pembela sebelum sesuatu perbicaraan bagi membolehkan pihak pembela menyediakan pembelaan mereka. Ini adalah perkara pokok yang harus dibuat bagi menjaminkan perbicaraan yang adil.

Bagaimana hendak pihak pembela,membela jika pihak pembela tidak tahu apakah pertuduhan yang dibuat terhadap orang yang tertuduh termasuk butir-butir seperti tarikh,waktu,lokasi dan keadaan semasa.

Namun dalam kes sodomy II, hakim masih tidak membenarkan pihak pembela memperolehi kenyataan saksi(Saifool)?

Apakah pihak hakim sudah bersubahat dengan pendakwa? Pikiaq2 mai……

cheers.

No comments: