28 May 2010

1Malaysia bakal bankrap, tapi adik Najib 1Malaysia salah seorang terkaya........

Dalam keadaan gempaq kononnya gomen Najib 1Malaysia nak tarik balik subsidi gomen kepada rakyat, dan jika tak tarik subsidi ini nanti negara 1Malaysia akan jadi bankrap macam Greece.

Tiba-tiba majalah Forbes Asia pula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara.



Menurut "Malaysia Rich List 2010" yang diumumkan oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah dari USD 36 bilion pada tahun 2009, kepada USD 51 bilion pada tahun ini, malah memecah rekod USD 46 bilion yang dicapai pada tahun 2008.

Menurut Forbes Asia, pertumbuhan kekayaan secara keseluruhannya orang kaya di Malaysia ini selari dengan pasaran saham yang melonjak 32% sepanjang 12 bulan yang lalu, dan kadar pertambahan nilai mata wang ringgit yang melambung 11% pada masa yang sama.

Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia, dengan harta bersih bernilai USD 12 billion pada tahun 2010, USD 3 bilion bertambah jika dibandingkan dengan tahun lepas. Robert Kuok kekal pada kedudukan orang terkaya di Malaysia sejak Forbes Asia mula menyusun senarai ini pada tahun 2006.

Ananda Krishnan pula menyusul di belakang, sebagai orang kedua terkaya dengan harta bersih bernilai USD 8.1 bilion, pertambahan USD 1.1 bilion berbanding tahun lalu.

Muka baru yang berjaya memasuki senarai 40 terkaya termasuklah adik beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura Group, berkongsi ranking ke-23 dengan jumlah kekayaan USD 270 juta.

Selain daripada itu, tiga orang terkaya yang terkeluar dari senarai ini, kembali semula pada tahun ini. Antaranya, adik Perdana Menteri 1Malaysia, Nazir Razak tersenarai semula dengan USD 145 juta pada kedudukan ke-32.

source:malaymerdeka blogspot

cheers.

No comments: