20 May 2010

Sah SPR takda teloq untuk bertindak ke atas Najib 1Malaysia.....

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu. Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.

Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.

“Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM,” Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

“Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).

“Ada perkara yang polis boleh siasat dan ada perkara yang kami boleh siasat.

“Tetapi perkara ini perlu disiasat oleh SPRM... terserah kepada SPRM menentukan tindakan susulan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Oleh itu kata Wan Ahmad, terserah kepada SPRM untuk menyiasat perkara yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh Isnin lalu berhubung janji yang Najib pada kempen malam terakhir di Sibu Sabtu lalu.

“Itu pandangan Karpal, tetapi isu ini memang tertakluk kepada bidang tugas SPRM... perkara ini memang di bawah bidang kuasa SPRM, SPRM yang boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berkaitan,” katanya.

Sehari selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu, peguam terkemuka itu mendakwa mendakwa Najib telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan menawarkan ganjaran bagi mendapatkan undi. Isu memancing undi dengan peruntukan kewangan dan projek juga menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor tiga minggu lalu tetapi ia menjadi ketara apabila Najib menggunakan perkataan “jika”.

Karpal yang juga Ahli Parlimen mendakwa Najib melakukan kesalahan ketika kempen pilihan raya kecil Sibu apabila pada Sabtu lalu mengatakan “saya membantu, anda membantu saya.”

Karpal berkata kenyataan Najib itu sesuatu yang tidak wajar dan harus disiasat oleh SPRM. Ia satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, dakwa Karpal sambil mendakwa ia telah mendorong pengundi pada malam menjelang hari pengundian, membuat perjanjian dengan mereka. Najib membuat janji itu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) menang.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen pada hari Ahad, pada Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Boleh kita buat perjanjian? Kita buat! Anda mahukan RM5 juta, saya mahukan Robert Lau menang,” kata Najib yang juga Pengerusi BN ketika kempen ceramahnya itu.

Karpal mendakwa kenyataan Najib itu sesuatu yang “memalukan” dan “tidak pernah berlaku” sebelum ini.

“Saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat Perdana Menteri. Ia satu kesalahan yang serius. Ia sangat jelas. Beliau berkata ‘kita adakan perjanjian, jika Robert Lau menang, kami akan memberi anda RM5 juta’,” kata beliau dengan merujuk kepada peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketika mengulas lanjut mengenai Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, Wan Ahmad berkata, peruntukan itu lebih bersifat umum yang mana ia menjurus kepada calon yang bertanding atau ejen-ejen calon, tetapi bukannya mana-mana individu lain termasuk dalam kes semasa yang merujuk kepada Najib yang merupakan Menteri Kewangan.

“Ini bererti berkemungkinan tidak bermaksud bidang kuasa Menteri Kewangan, yang mempunyai kuasa untuk menjanjikan, mengagihkan sesuatu projek pembangunan, bajet pembangunan yang skopnya luas melibatkan pelbagai, sebagai contoh projek saliran (mitigasi banjir) dalam kes di Sibu,” katanya.

Kata beliau, selaku Menteri Kewangan Najib mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman projek pembanguan dan peruntukan bagi projek-projek berkenaan.

“Saya rasa itu yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Seksyen 10 undang-undang itu secara khusus merujuk kepada elemen penyogokan.

Ia mempunyai sembilan subseksyen. Subseksyen 10(a) berbunyi: “tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.”

Seterusnya Wan Ahmad merujuk kepada kes rujukan yang diputuskan pada 1981 yang memutuskan bahawa bukan menjadi satu perbuatan rasuah dalam definisi Akta Kesalahan Pilihan Raya, sebaliknya selaras dengan tugas kerajaan semasa untuk membawa pembangunan, memberi peruntukkan tambahan dan sebagainya kepada setiap rakyat tidak kira waktunya. Nas undang-undang yang dimaksudkan adalah kes membabitkan pilihan raya kecil Pengkalan Kota, melibatkan kes antara Teoh Teik Huat melawan Lim Kean Siew & Anor pada 1981. Kes itu dibawa ekoran kenyataan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaeligh Hamzah yang didakwa mengeluarkan kenyataan jika BN menang, beliau secara peribadi akan memberikan lebih banyak wang untuk pembangunan Pengkalan Kota. Insiden lebih tiga dekad lalu dilihat mirip situasi yang disaksikan di Sibu Sabtu lalu.

Baca di sini.

source:malaysiainsider

Itu tahun 1980'an, sikalang sudah tahun 2000. Apakah SPR mahu berselindung dicelah kangkang gomen dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah pilihanraya ini?

Tapi, SPR heboh seantero dunia pilihanraya dalam 1Malaysia adalah adil dan telus. Tak perlu badan pemantau dan badan pemantau yang ada pun dihalaunya, agar tipu muslihat SPR tak terdedah kepada orang ramai.

Sebenarnya, SPR hanya menjadi pak turut gomen saja, pasai gomen dok bayaq depa makan......

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Percayalah Karpal Singh,Anwar Ibrahim dan yang sebangsa dengan nya TIADA Agensi Kerajaan,Suruhanjaya apapun mereka tidak akan berani mengambil tindakan kepada najib atas apa kesalahan sekalipun,mereka telah di training dan diberi makan secukupnya oleh Najib dan jurulatihnya.

Anonymous said...

bukan takda teloq, ini budak macc takut sama losmah