22 June 2009

Speaker DAP ditahan...............

Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir. Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.

Selepas beberapa rundingan panjang dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas dan menahan peralatan pembesar suara(speaker).



Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup."Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

source;malaysiakini

Dalam 1Malaysia impian Najib, nak makan pun kena tak senang, dok asyik kepong...............

cheers.

No comments: