17 June 2009

Najib dan Nasharuddin Mat Isa setuju tidur sebantal..........

Sekarang giliran Najib pula mendendangkannya. Najib mengatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

"Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden.

"Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno, Nasharuddin berkata:

"Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu)."

Meanwhile ,former PAS vice-president Husam Musa said that if Umno is so keen on pursing ‘unity talks’ with PAS, it should not contest in the upcoming Manek Urai by-election. “What is the point of having ‘unity talks’ and yet wanting to fight against us?”

“If Umno is sincere, the first thing they have to do is not contest against PAS (in Manek Urai). But I don’t believe Umno is ever sincere.

“If they are serious about ‘unity talks’, the onus is for the top leaders of both parties to work out a no-contest situation. If that cannot be done, how can the ‘unity talks’ resolve bigger issues?”

Betoikah Najib kata PAS ikhlas? Nampak Najib begitu teringin sangat nak PAS masuk BN untuk perkukukhkan kedudukan UMNO sebagai parti orang Melayu. PAS pula janganlah terperangkap dengan janji manis UMNO. Biaq pi seekoq dua barua yang ada...kalau depa nak sangat masuk UMNO biaq depa masuk saja.........

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Tidur sebantal bontot bertemu bontot dan roket hala arah lain tak pa kot......

Anonymous said...

takut roket Najib tak bangkit pula!!!