12 June 2009

Kerajaan perpaduan - Hadi letak syarat;Tok Guru pula menyifat mereka 'boneka UMNO'.........

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang membangkitkan semula idea kerajaan perpaduan dalam ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan Pas ke-55, minggu lalu, kini mengenakan syarat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mahu meneruskan perbincangan dengan parti itu.

Antara syarat itu ialah kerajaan BN perlu bersedia melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada Pas akan bersetuju meneruskan perbincangan, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan, jika kerajaan BN mematuhi syarat ditetapkan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

sumber:Bernama.

Baca di sini dan sini.

cheers.

3 comments:

anti dap said...

Hj. Hadi, Nasha, Nasrudin, Mustafa, Harun Din puak presiden nampaknya dilabel boneka umno kerana mengutamakan perpaduan dengan umno (saudara seIslam). Ini ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan perintah ALLAH supaya orang Islam bersatu.

Tok guru nik ajiz sampai ke liang lahat nampaknya tidak menyokong perpaduan. Tak habis-habis dendam kesumatnya terhadap umno tetapi dengan dap kafir tak ada masalah pulak. Eli telanjangpun boleh. Walaupun dah mengaku berzina denga lelaki Islam.

Sedarlah bahawa pas, dap dan pkr dapat lebih undi dalam pru12 kerana perpecahan melayu. dap, pkr kuat kerana undi melayu berpecah. Itu sebabnya mereka melenting bila bercakap pasal perpaduan melayu kerana mereka tahu kalau melayu bersatu, dap dan pkr akan hancus! Sedarlah, pas hanya menjadi parti kelas ketiga dalam pr!

Anonymous said...

Aku rasa walaupun PAS bercakaran sesama sendiri,akhirnya mereka besatu kembali. Begitu juga dalam Pakatan Rakyat.

Yang bezanya dengan UMNO,bila UMNO bergaduh depa bawa sampai mahkamah lalu wujud team A,B & C. PAS benarkan ahlinya tegur dan kritik satu sama lain.

Ingat dalam UMNO cara begini boleh berlaku.

Jadi jangan dok mimpi yang Pakatan ini hancus, silap2 hari bulan UMNO yang ditalkinkan.

Anonymous said...

Tuan Guru Nik Aziz mungkin akan terima kerajaan perpaduan apabila orang bukan Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia, semua menteri dan timbalan menteri adalah orang bukan Islam. Jelasnya kuasa politik orang Islam di Malaysia punah dan hancur. Masa tu lah baru kelam kabut nak setuju kerajaan perpaduan kot. Nasi dah jadi abu