10 June 2009

Lupakan kerajaan perpaduan, ingat Manek Urai.........


Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Dr.Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang.

source:Bernama.


Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masa kini.

Oleh itu cukuplah setakat ini pasai kerajaan perpaduan, sebaliknya PAS,PKR dan DAP seharus bersatu padu semula untuk menjatuhkan UMNO/BN dan mengekalkan kemenangan calon PAS di Manek Urai.

cheers.

1 comment:

Ted Torrence said...

Yalah. Lupankan saja lah.
http://thextalks.blogspot.com/2009/06/dap-doesnt-want-you-to-learn-english.html