24 October 2007

Zainuddin Maidin puji Kuan Yew dulu,sekarang nak puji Hadi Awang pulakah?

Daily Mirror,akhbar tabloid British telah memohon maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tersalah melaporkan beliau sebagai pemimpin al-Qaeda dan seorang tahanan di Guantanamo Bay. Pada 1 Mei lalu, Daily Mirror telah menyiarkan gambar Abdul Hadi dalam sebuah artikel mengenai rancangan seorang pengganas untuk meletupkan pusat membelibelah Bluewater di Kent.Daily Mirror menyebut Abdul Hadi sebagai pemimpin ketiga Al-Qaeda dan berkata dia telahpun ditangkap dan kini ditahan di Guantanamo Bay.Dalam permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya, Daily Mirror berkata: "Ini tidak benar dan gambar itu telah tersalah siar. Artikel kami sebenarnya merujuk kepada orang lain, Abdul Hadi al Iraqi." "Encik (Abdul Hadi) Awang bukan dan tidak pernah menjadi ahli al-Qaeda...Encik (Abdul Hadi) Awang tidak pernah disoal atau ditangkap berhubung dengan keganasan, atau ditahan di Guantanamo Bay," katanya. - petikan dpd.Malaysiakini

Tn Hj.Abdul Hadi Awang akan menerima gantirugi sebanyak RM setengah juta dari tabloid berkenaan.Baca disini

Teringat pula kepada Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang begitu menyangjung tinggi kemenangan Lee Kuan Yew dalam kesnya terhadap London Financial Times sambil menganggap kemenangan itu kemenangan ke atas nilai-nilai Barat berkaitan kebebasan akhbar(a victory over the "Western values of press freedom.")

Tambah Zainuddin Maidin lagi, "For me, the only language understood by the Western media is when their pockets are hit. The freedom preached by them is only rhetoric and their real value is money and for me the only way to fight the Western values of press freedom is by emulating Lee Kuan Yew's way."

Sekarang aku nak tengok sama ada si Zainuddin Maidin ini akan puji Abdul Hadi Awang,macam mana dia puji Kuan Yew atas kemenangan Abdul Hadi Awang ke atas nilai-nilai Barat berkaitan kebebasan akhbar seperti yang didakwa olehnya.

Bukankah ini satu kejayaan anak Malaysia macam angkasawan kita itu?

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Ingat Zam Zam Ala-Kazam berani,
sorrylah brader,jilat juboq Kuan Yew lebih baik daripada memberi tahniah kat Hadi Awang.

Itulah perangai penyamun2 UMNO!