18 October 2007

Panel penyiasat video Lingam dah mati akal.....

Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi untuk panel bebas itu mengemukakan laporannya mengenai kesahihan kilp video Lingam pada 27 Oktober depan. Panel bebas telah mengadakan mesyuarat pertamanya dua minggu lalu dan dijadualkan bermesyuarat kelmarin dengan BPR, Pejabat Peguam Negara dan pihak polis untuk mengumpulkan maklumat,namun demikian mesyuarat tersebut telah ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan.

Dari awal lagi,penubuhan panel ini telah dicurigai oleh berbagai pihak dan mengikut setengah pendapat,penubuhan panel yang tiada kredibiliti itu hanya bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap rasuah yang telah mencemari sistem kehakiman negara kita.

Apakah tujuan sebenar penubuhan panel dan bagaimana panel tersebut akan berfungsi tiada siapa yang tahu termasuk ahli-ahli panel itu sendiri,kecuali Pak Najib kita saja. Apatah lagi bila ketua panel yang dilantik itu juga mempunyai rekod yang diragui. Di samping itu,Pak Najib dah bagi tahu awal-awal lagi bahawa panel ini tidak berhak untuk memanggil sesiapa untuk memberi keterangan.Ketua panel itu pula merayu agar mereka yang terbabit menghadap panel dengan sukarela untuk memberi keterangan.

Tugas panel ini ialah untuk menyiasat kesahihan pita video Ligam itu. Tugas begini boleh dilakukan oleh pakar-pakar bidang tersebut dalam masa 12 jam saja. Jadi apa guna tubuh panel nak siasat kesahihan pita video tersebut? Bukankah ini satu drama,yang hendak menutup kelemahan gomen dan elak daripada isu sebenarnya? Iaitu RASUAH dan SALAHGUNA KUASA!

Siapa yang sanggup datang ke depan bagi memberi keterangan kepada panel tersebut,walhal
mereka yang telah membuat laporan kepada BPR tentang video Lingam itu pun telah diugut oleh BPR akan dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000,kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Apakah panel ini mahu menunggu sampai tempoh kontrak KHN sekarang tamat tidak berapa lama lagi atau mahu menunggu bahagian ke-2 video Lingam ini untuk berfungsi dan membuat laporan?

Adalah lebih baik panel ini dibubarkan saja dan ahli-ahli panel tersebut menasihat Pat Lah supaya membentuk satu Suruhanjaya di-Raja bagi menangani masalah tersebut.

cheers.

(gambar ehsan malaysiakini)

3 comments:

Anonymous said...

Wayang kulit Islam Hadhari semata-mata.

Anonymous said...

biar mati akal..jgn mati zakar

Anonymous said...

hello kawan, apa khabar? mana u sekerang? di pulau pinang? if yes, how about attending the malam bangsa malaysia? it would be good to meet you!