16 October 2007

Tragedi feri,tragedi bas ekpress,pokoknya agensi2 gomen cuba lepas tangan....

"The ferry that caught fire while heading for Pulau Tioman on Saturday, leading to the death of four passengers, did not have a valid ship licence and passenger certificate.A Marine Department spokesman said the licence for the Seagull Express had expired on March 16 last year, while its passenger certificate had an expiry date of March 18, 2005."- the STAR

Feri itu dikatakan beroperasi secara haram apabila sijil penumpangnya tamat pada 2 Disember 2006.Apabila ditanya, Jabatan Laut juga mengesahkan pihak feri tidak menyerahkan senarai nama penumpang kepada pihaknya pada hari kejadian sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana feri sebelum belayar walaupun pejabat jabatan dibuka seperti biasa pada Hari Raya pertama itu.Bukankah menjadi tanggungjawab Jabatan Laut untuk memastikan segalanya dipantau dengan sempurna?

Dalam kejadian itu feri Seagull Express 2 yang membawa 106 orang, termasuk anak kapal, terbakar kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Tioman, berdekatan dengan Pulau Tokong Bahara, pada pukul 12.30 tengah hari Hari Raya pertama

Ini macam cerita tragedi bas ekspress yang meragut 20 nyawa dekat Bukit Gantang pada bulan Ogos lalu. Dalam tragedi itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) masing-masing saling menuding jari seolah-olah mahu ‘melepas tangan’ Dalam tragedi kebakaran feri Mersing,jalan ceritanya pun sama juga,masing-masing saling cuba menuding jari antara satu sama lain. Kenapa selepas beberapa nyawa terkorban baru tindakan nak diambil? Kenapa tidak agensi-agensi yang terlibat ini lebih proaktif?

Sampai bila gomen dan agensi-agensinya nak memperbodohkan rakyat jelata?

cheers.

No comments: