31 October 2007

Kampung dan Surau diroboh,tapi kuil di selamatkan si Samy Velu...

Akhirnya penduduk Kampung Rimba Jaya,Selangor seperti penduduk Kampung Berembang terpaksa menerima nasib tanpa belas kasihan dan tanpa simpati, apatah lagi untuk menimbangkan rayuan penduduk kampung; kampung mereka diranapkan oleh sepasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan lima buah jentolak.

Mahkamah Tinggi Shah Alam,tanggal 3 Oktober lalu, memutuskan rayuan penduduk agar tidak dilakukan perobohan ke atas rumah mereka ditolak,walaupun rayuan seterusnya telah dipanjangkan kepada Mohd.Khir Toyo untuk memberi kelonggaran terhadap hukuman perobohan rumah-rumah mereka itu,namun permintaan mereka itu ditolak oleh Mohd.Khir Toyo.

Surau Al-Ijtimaiah di kampung berkenaan juga dirobohkan dan segala kayu serta peralatannya di sedekahkan untuk pembinaan surau baru Maahad Tahfiz A-Mukri, Puchong. Selepas solot zohor,surau dirobohkan secara 'manual'.

Kaum India di kampung tersebut tetap berkeras mempertahankan agar kuil Sri Maha Mariammah tidak dirobohkan walaupun diarahkan berbuat demikian. Keadaan menjadi kecoh apabila kaum India dari kawasan lain mula berkumpul di perkampungan tersebut untuk mempertahankan kuil mereka. Dato' Seri Samy Vellu yang diiringi pimpinan MIC yang lain, tiba di tempat tersebut.Bagaimanapun, sewaktu sedang berunding dengan penduduk India dalam kuil tersebut, beliau turut disembur dengan 'water cannon' sebelum sempat dilarikan oleh pengikut-pengikutnya.

Akhirnya, setelah keadaaan reda pihak berkuasa telah menunda operasi merobohkan kuil setelah Samy Vellu campurtangan dalam konflik perobohan kuil Hindu.

Mana parti-parti gomen,seperti UMNO,umpamanya, yang sering melauangkan keperihatinan mereka terhadap masalah penduduk kampung kecuali Samy Velu saja yang sanggup turun untuk mempertahankan kaumnya. Samy Velu sebagai seorang menteri gomen Pat Lah, sepatutnya turun untuk mempertahan seluruh masyarakat Kampung Rimba Jaya itu,bukan sekadar kuil itu saja. Di manakah keikhlasan gomen dan Samy Velu dalam hal ini?

Jawablah sendiri.........

cheers.

(berita dan gambar ehsan Harakah Daily.net)

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpim-pemimpin UMNO sedang dok hitung banyak mana wang yang diraih daripada projek di kampung itu.

Samy Velu terpaksa buat begitu demi survival dirinya.

Mari sama-sama kita hapuskan Barisan Najis(BEnd) ini demi kebaikan rakyat.

Anonymous said...

Semua perompak perompak berlakon macam di WWF.. Dia gat semua rakyat bodoh...