25 October 2007

UMNO berselindung dibelakang Badan Pelindung Rasuah(BPR) untuk menutup rasuah dan mulut Anwar…

Ini Zakaria Md.Deros.

Gambar di bawah ini pula ialah istana Zakaria Md.Deros yang mempunyai 16 buah bilik dengan 21 bilik air. Bilik tidurnya mempunyai bilik persalinan dan sebuah jacuzzi. Saiznya bilik tidurnya ini adalah lebih besar daripada sebuah rumah kos rendah.




Bila Zakaria Md.Deros bina istana ini tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Klang ketika dia masih menjadi seorang ahli majlis tersebut. Walaupun perbuatan itu menyalahi undang-undang majlis tempatan,namun demikian tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Lebih menghairankan lagi ialah macam mana Zakaria Md.Deros,bekas pengawal gate keretapi,kemundian diangkat oleh UMNO untuk menjadi wakil rakyat Port Klang dan bekas ahli majlis MPK boleh mendapatkan wang berjuta-juta ringgit untuk bina istananya yang kosnya menelan jutaan ringgit itu tidak dipedulikan langsung oleh Badan Pelindung Rasuah(BPR) dan BPR tidak mahu ambil tahu langsung sekalipun laporan rasuah telah dibuat terhadapnya.

Citizen Nades
(R. Nadeswaran) telah membangkitkan beberapa isu antaranya;

a. How was it possible for the authorities to allow the construction of a mansion in an area meant for low-cost housing?


b. How and why did the state government alienate the land measuring about 45,000 sq ft to the wife of a sitting assemblyman and a sitting councillor?


c. Was the premium of just over RM150,000 a fair price or the market price for that piece of land?


d. Since Zakaria did not submit building plans, shouldn’t his mansion be demolished like what the council has been doin
g to awnings being constructed over the porches of single-storey terrace houses?

No answers were forthcoming then, and they are not
likely to be forthcoming this time around, but with Zakaria glorifying his ability to break and circumvent the law,a re-visit to these issues becomes mandatory. But before that, can anyone tell us if a certificate of fitness (CF) had been issued? No, I am not accusing Zakaria of further breaches of the law, but surely the taxpayers are entitled to know if proper procedures were followed? -The Sun,10 Oct.2006

Tetapi bila Anwar serta rakan-rakannya mendedah dan membuat laporan kepada Badan Pelindung Rasuah pasal masalah rasuah berkaitan klip video Lingam,Badan Pelindung Rasuah tanpa ragu-ragu memberi kata dua kepada mereka agar mereka menamakan peniup wisel klip video Lingam berkenaan atau dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda
RM10,000, kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997.

Implikasi daripada tindakan mahkamah ini nanti dan jika didapati bersalah sudah pasti Anwar akan tercorot dalam penjara semula dan tidak berpeluang bertanding dalam pemilu sehingga 2013.

Kita faham kegelisahan gomen dan UMNO tentang wujudnya orang bernama Anwar Ibrahim tetapi janganlah takut sehingga 'engkau'(UMNO & gomen) bertindak cara murahan berselindung di belakang bontot Badan Pelindung Rasuah dan menjadikan badan itu sebagai barua yang hanya berani bertindak terhadap ikan-ikan bilis serta peniup-peniup wisel sedangkan bapa dan ibu jerung terus dibiarkan membaham wang rakyat diberi perlindungan dan imuniti secukup-cukupnya.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Muka tu saja dah lebih daripada muka penyamun apatah lagi perangainya.

Inilah contoh muka seorang ahli UMNO!!