12 June 2017

Apa Isa Samad mahu daripada Felda?


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) amat bersimpati dengan situasi dialami Ketua Pegawai Eksekutif atau Presiden FGV, Zakaria Arshad, 57, ekoran keputusan Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan Isa Samad, yang mengarahkan beliau dan tiga yang lain bercuti, sementara menunggu isu tunggakan bayaran penjualan minyak sawit bertapis oleh syarikat Afghanistan, Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP).

Safitex adalah pelanggan utama DOP lebih 20 tahun. Proses pembayaran dan syarat kredit kepada Safitex dilulus dan diguna pakai CEO sebelum Zakaria lagi, dengan syarat bayaran dan terma kredit selama 90 hari selepas produk dihantar.

Zakaria menjadi CEO FGV pada 1 April 2016, adalah tidak adil jika beliau dipaksa memikul tanggungkawab atas isu tunggakan bayaran Safitex; walhal ia sedang ditangani.

Anak yakin ada pertelingkahan antara Isa  dengan Zakaria, dimana beliau dilihat enggan menurut kehendak pihak tertentu yang disebut “pelaburan besar yang tidak masuk akal”.

Untuk rekod, Zakaria adalah mangsa ketiga selepas Dzulkifli Abd Wahab, bekas pengarah besar Felda yang disingkirkan@dipetisejukkan ekoran perbezaan pandangan mengenai penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.

Dzulkifli disisihkan hingga dihantar bertugas ke luar negara sebelum pencen tahun lalu. Imej Dzulkifli yang tercalar teruk tidak dipulihkan, meskipun dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (ALP) Felda dan pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd baru baru ini.

Faizoull Ahmad, pengarah besar Felda yang menggantikan Dzulkifli, adalah orang kepercayaan Isa. Beliau juga menerima nasib yang sama, disingkir dan didakwa SPRM hujung tahun lalu.

Isa adalah pengerusi DOP, seharusnya beliau mampu menghidu masalah lebih awal dan bukan mengambil tindakan di hujung jalan. Sebahagian ahli Lembaga Pengarah DOP juga adalah ahli Lembaga Pengarah FGV.

Anak mendesak perdana menteri campur tangan segera atas kemelut FGV ini. Kekalkan Zakaria sementara siasatan audit dalaman terhadap DOP ini dilakukan.

Anak berpandangan sepanjang setahun ini, setidak tidaknya, Zakaria berjaya  menurunkan kos pengurusan, kos pengeluaran di peringkat ladang juga menurun, hubungan antara kakitangan FGV (19,000 kakitangan) semakin baik dan perolehan syarikat mula meningkat. Ia boleh diteliti melalui laporan FGV yang dibentang baru-baru ini.

Anak menyambut baik kesediaan Zakaria agar SPRM membuat siasatan, tapi mesti menyeluruh khususnya sepanjang Isa menjadi pengerusi Felda dan FGV! Adalah menjadi tanda tanya, sejauh mana status laporan mengenai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Isa yang dihantar ke SPRM sejak sekian lama.

Pada masa sama, Anak membidas kenyataan lemah Pengerusi Felda Shahrir Abd Samad mengenai kedudukan Felda selaku pemegang saham terbesar dalam FGV.

Dengan jumlah saham, 33.6 peratus, mesti ada Ahli Lembaga Pengarah Felda dalam FGV. Pengarah besar Felda secara automatik, seharusnya  adalah ALP FGV. Felda boleh memanggil EGM, boleh merujuk kepada “article of association” dan memorandum FGV untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi dan mana-mana ALP FGV.

Anak dimaklumkan terdapat tiga nama untuk menduduki ALP FGV dihantar kepada pihak FGV, namun tiada jawapan hingga kini. Melalui saluran sedia ada, tidak berbangkit soal ketiadaan wakil Felda dalam ALP FGV.

Sejak perlantikan Zakaria sebagai CEO, Anak mengalu-alukan beliau, bukan sahaja sebagai anak peneroka Felda Palong 1, tapi pengalaman luas selama 32 tahun dalam Kumpulan Felda. Seharusnya beliau diberi ruang dan peluang diketika FGV bermasalah.

Hari ini saham FGV terus jatuh, tinggal RM1.66, kejatuhan mendadak yang dipercayai ada kaitan dengan krisis terkini dalam FGV.

Bagi Anak, tindakan serta-merta yang harus dilakukan perdana menteri ialah singkirkan Isa daripada FGV dan apa jua jawatan dalam Felda! Ayuh perdana menteri, jangan berlengah lagi! – Roketkini.com

The super IMAM of Ramadan 
bazaar of Kluang arrested...

The man who claimed to be an imam during the harassment and assault of Kluang MP Liew Chin Tong at a Ramadan bazaar has been arrested.

The 35-year-old cleaner was arrested at 1.40pm at the Kluang police headquarters when he went there to have his statement recorded.

Also detained was a 49-year-old caterer who was at the scene yesterday.

Kluang police chief Asst Comm Mohamad Laham confirmed the arrests.

He said the case is being investigated under Section 323 of the Penal Code for causing injury without weapon and under Section 506 of the Penal Code for criminal intimidation.


Image may contain: 1 person, text

The duo and four others  had blocked Liew and his team along with Parti Pribumi Bersatu Malaysia members from entering the dry section at the bazaar in Kluang town yesterday.

They blocked the entrance with three tables and formed a human blockade to prevent Liew from distributing dates to the traders and bazaar-goers.

One of the men allegedly punched a member of Liew's staff after failing to grab a camera from him. Liew was hit on the forehead in the scuffle.

A video recording of the commotion went viral on social media and garnered criticism not only from netizens but also leaders of the ruling parties and the opposition.

Many netizens were angry that the group had "tarnished Islam" with their behavior.


Image may contain: 6 people, meme and text

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said the group's action against the Kluang MP was uncalled for and it was made even worse as it was done during the Muslim holy month of Ramadan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) president Muhyiddin Yassin branded those who harassed Liew as un-Islamic, adding that they should have allowed him to perform his duties as an MP.

This was not the first time the same person had barred Liew from entering a Ramadan bazaar.

In 2014, he had asked Liew for an approval letter to prove he was allowed to distribute dates at the bazaar.- malaysianinsight



Yang korup diraikan dengan darjah kebesaran.

Image may contain: house, sky and outdoor

cheers.

No comments: