30 September 2016

Kafirkan orang juga satu jenayah syariah...

Image result for YDP PAS Kawasan Padang Serai Shaharuddin Ibrahim

Baru-baru ini kita digemparkan dengan video ceramah YDP PAS Kawasan Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang telah mengeluarkan kenyataan untuk menanam Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di jirat sekiranya beliau tidak menyokong RUU 355 di Parlimen nanti. Kenyataan ini secara langsung cuba untuk mengkafirkan Datuk Seri Wan Azizah jika beliau tidak menyokong RUU 355.

Dalam kuliah tersebut, Shaharudin cuba mengkafirkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan berkata jika beliau tidak sempat menyokong usul tersebut dan meninggal dunia, beliau akan ditanam di tanah perkuburan bukan Islam.

“Yang Berhormat Kak Wan, Kak Wan nanti Tan Sri Pandikar tanya ahli-ahli yang berhormat siapa yang menyokong akta 355 sila angkat tangan. Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan. Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan jatuh (gugur) iman, kalau ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam jirat (perkuburan bukan Islam)”.

Sedarkah YDP PAS ini bahawa kenyataannya itu merupakan satu jenayah syariah dan boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988?

Seksyen 24 menyatakan secara jelas bahawa:

(1) Mana-mana orang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, menggalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam :

(i) adalah orang kafir, atau


(ii) telah berhenti menganuti Agama Islam, atau


(iii) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau


(iv) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam,

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan undang-undang mengenai takfiri ini bukan sahaja di Kedah, malah hampir kesemua enakmen jenayah syariah negeri mempunyai peruntukan yang serupa. Tujuan peruntukkan ini diwujudkan adalah untuk menghalang sikap takfiri di kalangan umat Islam apabila berlakunya perbezaan pendapat baik dari segi agama atau politik. Malangnya hari ini, YDP PAS ini sanggup mengkafirkan sesama Muslim demi kepentingan politik. Inilah bahayanya jika agama dan politik itu dicampuradukkan sesuka hati tanpa batasan.

Adalah amat ironi apabila PAS yang mahu memartabatkan mahkamah syariah, telah melakukan jenayah syariah dengan mengkafirkan orang. Adakah ini juga salah satu usaha untuk memartabatkan Islam? Lebih mengecewakan, tiada satupun pimpinan utama PAS terutamanya Tuan Guru Haji Hadi Awang yang mahu menyangkal atau menegur sikap YDP PAS ini dalam soal takfiri ini. Masing-masing diam seribu bahasa.

Hal ini bukan kali pertama malah di media sosial begitu banyak kenyataan umat Islam mudah mengkafirkan orang Islam hanya kerana mereka berbeza pendapat. Dalam kita mahu memartabatkan Islam kita lupa akhlak Islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh itu, saya turut menyeru agar Datuk Seri Wan Azizah menggunakan saluran mahkamah syariah sedia ada agar kenyataan ini disiasat supaya sikap ini dapat dibendung daripada menular dalam komuniti umat Islam.

Saya menghormati kebebasan PAS untuk membawa RUU 355 ke Parlimen dan mempromosikannya di setiap genap dan ruang di seluruh negara. Namun, apapun yang dilakukan harus ada had dan batasnya jangan sampai ia memburukkan nama agama Islam itu sendiri dengan sikap angkuh dan “holier than thou” mereka. 


mufti-penang

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (pix,atas) mahu supaya umat Islam tidak mengkafirkan sesama Islam berikutan polemik melibatkan rang undang-undang pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang bakal dibentangkan di Parlimen pertengahan Oktober kelak.

Beliau melahirkan rasa sedih apabila wujud segelintir agamawan di negara ini yang sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana mengambil pendirian tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut.

“Kita tidak wajar memaksa mana-mana ahli Parlimen menerima RUU355 dengan apa jua cara termasuk mengugut kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Wan Salim, usul pindaan rang undang-undang tersebut perlu diteliti dari pelbagai aspek perundangan dan dibahaskan demi menghasilkan sebuah undang-undang yang dapat berlaku adil kepada seluruh warga.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah, yang sakral. Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah.

“Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti,” katanya.


Dr Wan Salim berkata, perbahasan dan penelitian perlu dibuat terhadap segala kemungkinan berlakunya kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang dan diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang.– Roketkini.com



RUU 355 bukan perkasa Mahkamah Syariah, kata bekas hakim

Najib Americanophobia...

Sejak DOJ (badan keadilan Amerika) mengisytiharkan penemuan yang membabitkan  PM Najib di dalam kasus aktiviti penggubalan wang haram di negara itu hingga Jho Low dan Reza terdakwa dan kini sedang dalam proses kehakiman.

Sejak dari itulah pergerakan Perdana Menteri, Najib Razak selaku Ketua Negara tampak terbatas. Tidak lagi hadir dipersidangan besar dunia, apa lagi kalau lokasinya di Amerika. 

Ini kita perasan, sejak tempat PM Najib Razak (Malaysia) sebagai pengerusi mesyuarat WMD (isu percambahan senjata api) pada bulan Ogos yang lepas di PBB digantikan oleh Timbalannya, Zahid Hamidi. Kenapa TPM Zahid Bukannya PM Najib Razak

Yang juga menjadi tanda tanya pada masyarakat ialah kenapakah PM Najib Razak tidak menziarahi kuburan Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang disemadikan di California, Amerika walaupun berpeluang. Apa lagi sebelum itu beliau beriya-iya ingin membawa balik jenazah Allahyarham ke tanah air. Kerana secara kebetulannya persidangan terbesar PBB yang melibatkan 193 negara termasuklah Malaysia sedang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Tapi tidak dihadiri oleh PM Najib Razak walaupun pada lazimnya sebagai Ketua Negara beliaulah yang sepatutnya pergi. Bukannya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebab persidangan yang dikenali sebagai UN General Assembly itu cukup penting yang akan membincangkan isu-isu antarabangsa, meliputi keamanan dan keselamatan. 

Adakah Perdana Menteri Malaysia sedang dalam Americanophobia kerana ada perkara yang amat ditakuti? - neokihampautohoh


Image result for zahid at the u.n.
Zahid at the UN : One Point of Viiew...

Zahid having to speak at UNGA is a plan hatched and executed to perfection by the PM's team to kill Zahid's political career and paved the way for Hisham to take over from Najib (who has to leave soon enough)

They enticed Zahid to speak at the biggest forum available so that it will give the most impact. They knew well enough that Zahid will make a fool of himself at the biggest stage available.

Unsurprisingly, Zahid was gullible enough to fall for it thinking that since the PM has his own problems making it untenable for him to be in NY, he should grab this opportunity portray himself as the PM in waiting. 

His team of advisors (most probably from UPM) was also dumb enough not to see this coming. Had they been smart, they would have translated the speech into Malay and had Zahid deliver it in Bahasa Malaysia baku. That would have literally pulled the rug from under the PM's feet. 

Then Zahid's team can welcome Zahid at the airport with banners proclaiming Zahid to be "Bapak Bahasa Melayu" without the rakyat even realising that actually their leader cannot even pronounce "Palestinian" in English properly.

The team which wrote the speech made sure that the sentence structures will be difficult to pronounce even for those conversant in the language. They even threw in a few tongue twisters for impact so much so Zahid can't even pronounce some words correctly.

Now the set is set for Hisham to take over and save the image of the country at the next UNGA. Najib's team is now ready to promote their new saviour fresh from rescuing the country during the MH370 public relations disaster.

The only thing they forgot is that there is one smart alex who was said to have graduated from Oxford and can speak English with a British accent is also waiting in the wings and ready to get into the fray.

Fasten your seat belts, folks. It has only just begun. It will be interesting! - Author Unknown. 

Marina: Zahid should’ve used Malay at UN


Sukaaa2.6bilion x!!!


cheers.

No comments: