26 June 2014

Jawatan Menteri - Noh Omar habuk pun tak ada dan AG mohon gantung perintah mahkamah...


Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

Katanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.

“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.

“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.

“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.- selangorkini


Isu anak: AG akan mohon gantung perintah mahkamah(AG seeks to suspend interfaith custody orders)...

Peguam Negara akan memohon untuk menggantung pelaksanaan perintah mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam dua kes perebutan hak penjagaan anak yang menimbulkan konflik bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail juga akan memohon untuk mencelah dalam kedua-dua kes itu kelak "demi kepentingan awam" apabila ia dibicarakan.

"Jabatan ini akan memohon untuk mencelah dalam prosiding kedua-dua kes itu di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

"Seterusnya ia juga akan memohon penggantungan pelaksanaan perintah-perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Tinggi Syariah terhadap pihak," katanya dalam kenyataan petang ini.

Kes yang dirujuk Gani melibatkan S Deepa dan bekas suaminya Izwan Abdullah atau nama asalnya N Viran di Seremban.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 19 September 2013 memberi hak penjagaan dua anak mereka iaitu Nur Nabila binti Izwan @ Sharmila a/p Viran, 8 tahun dan Muhammad Nabil bin Izwan @ Mithran a/l Viran, 5 tahun kepada Izwan yang memeluk Islam.

Seterusnya, Mahkamah Tinggi Syariah pada 7 Oktober 2013 memerintahkan polis untuk membantu Izwan mendapatkan anak-anaknya.

Namun, Mahkamah Tinggi Seremban pada 7 April 2014 memberikan hak jagaan kepada S Deepa dan seterusnya pada 21 Mei 2014 mengarahkan polis mendapatkan kembali anak-anak tersebut daripada Izwan.

Satu lagi kes melibatkan Indira Gandhi dan Mohamad Riduan Abdullah @ K.Pathmanathan yang merebut tiga anak daripada hasil perkahwinan mereka sewaktu Riduan masih seorang Hindu.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 September memutuskan Riduan mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 memerintahkan bahawa hak jagaan diserahkan kepada ibu mereka dengan akses munasabah sekali seminggu kepada bapa mereka.

Mahkamah sama juga pada 30 Mei 2014 memerintahkan polis mendapatkan anak-anak itu agar diambil semula dari bapa mereka.

Percanggahan arahan kedua-dua mahkamah itu menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengambil tindakan.

Langkah itu yang disifatkannya sebagai 'jalan tengah' mengundang perdebatan hangat di kalangan khalayak, ahli politik dan pengamal undang-undang.

Senario ini, kata Gani, menimbulkan persoalan berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil khususnya melibatkan tafsiran Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan mencelah di Mahkamah Rayuan ini diambil bagi memastikan isu-isu yang berbangkit dalam kedua-dua kes ini dapat diselesaikan secara muktamad (once and for all), adil, aman dan harmoni menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa," kata Gani lagi.
        


Introducing a new twist to the interfaith custody disputes, Attorney-General Abdul Gani is seeking to intervene and suspend the custody orders issued by the civil and syariah courts.

This move would also rescue Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar, whose reluctance to enforce a court order to arrest a Muslim convert father could have led to him face contempt charges.

In a statement today, Gani said the intervention is necessary because the two cases have become a "public interest matter" which touches on "religious sensitivity" and has "upset public order".

Apart from this, he added that it has also become a "constitutional issue."

"The department (chambers) will apply to intervene in the proceeding at the Court of Appeal and the High Court and apply for a suspension of both orders by the civil and syariah courts on the police," he said.

Gani said both cases involved constitutional issues regarding the jurisdiction of the syariah and civil courts especially on the interpretation of Article 121 (1A) of the Federal Constitution.

"The action to be an intervener at the Court of Appeal is taken to ensure there are no rising issues in both cases and that it could be resolved once and for all, to ensure justice, peace and harmony.

"Besides this, for purpose of intervening in the proceedings in both cases, the AGC will consider making an application to the Federal Court for a final decision over the constitutional questions that arise from both cases," he added.

It was previously reported that the police chief was at crossroads over the two custody orders, where the Syariah High Court granted custody to the converted fathers while the civil High Court ordered that the children be placed in the care of their Hindu mothers.- mk

Memang dah perkara biasa bagi UMNO..Tak perlu terkejut pun.. Hanya Panda, Lembu dan Jebon saja yang akan terperanjat... Cerita seterusnya.

Ditipu dulu kini dan selamanya...

Gara2 nak elak jam...

cheers.

No comments: