22 June 2014

Anwar - Ganti Khalid bukan pendirian rasmi Pakatan dan Anwar minta pemimpin UMNO yang taja Papagomo 'setle' gantiruginya...


Anwar Ibrahim berkata ia bukan pendirian rasmi Pakatan Rakyat untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, sebarang perubahan perlu dilakukan melalui perbincangan antara parti-parti dalam Pakatan dan rundingan dengan Sultan Selangor, dan bukannya melalui khabar angin.

"Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan untuk mengekal atau menggantikan (Khalid) akan dibuat melalui perbincangan dan keputusan Pakatan Rakyat, dan sudah tentu dengan berunding dengan Baginda.

"Jadi keputusan tidak dibuat melalui mendengar khabar angin," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.


Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anwar berkata, kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP Selangor itu hanya satu pandangan peribadi sahaja dan tidak melibatkan pendirian rasmi PR.

"Mereka lahirkan pandangan mereka berdasarkan beberapa perkembangan baru.

"Kita tengok, kita bincang, dan kita akan putuskan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti dalam Pakatan.

Ahli Parlimen PAS Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.

"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.

Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Khalid termasuk isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik.

Katannya, persepsi sering memandang beliau lemah dalam pentadbiran negeri kerana kerap menangani isu sensitif, antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Ketidakgembiraan adalah perkara biasa‎ kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan. 

"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tatatertibnya dan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan gesaan agar beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Selangor yang kembali kedengaran sebagai isu lama.

Khalid ketika menjawab soalan pemberita semalam berkata, beliau tidak kisah dengan ungkitan gesaan itu dan menghormati pandangan pihak tersebut.

“Tidak mengapa, itu pandangan mereka. Saya sudah dengar semua ini sejak tahun 2013 lagi,” katanya dipetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian sumbangan dana kepada enam sekolah Tamil di Kuala Selangor, semalam.

Gerakan untuk menukar Khalid bermula ketika 'Kajang Move' yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun 'projek' tersebut sedikit terganggu apabila Anwar hilang kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam isu fitnah liwat II.

Bagaimanapun gesaan ini kembali kuat kedengaran sejak kebelakangan ini ekoran beberapa isu yang berlaku di negeri itu di mana Khalid dilihat lebih bertindak bersendirian dan mengenepikan pandangan ketiga-tiga parti yang berkongsi kuasa di negeri itu.

Antaranya isu pembinaan Lebuhraya Kidex, isu rampasan bible Melayu, serta isu penstrukturan semula industri air. - harakahdaily/tmi/mk

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Replacing Khalid not official Pakatan stand...

It is not Pakatan Rakyat's official stance to remove Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim from office, said PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

He said any changes would have to be done through discussions between Pakatan parties in consultation with the Selangor sultan, and not through rumours.

"That is not the official statement. The decision to retain or replace (Khalid) would be made through discussion and decisions of Pakatan Rakyat, and certainly in consultation with His Majesty.

"So decisions aren't made through listening to rumours," he said when met by reporters today after an event at Centre for Reform, Democracy & Social Initiatives in Puchong.

When asked if he would advise Pakatan leaders not to speak on Khalid's removal, Anwar said they were just commenting on recent issues.

"They gave their views based on recent developments," he said.

"We will listen, we will discuss, and we will decide properly."

The Malaysian Insider had reported that PAS and DAP are clamouring to replace Khalid for his tendency to make unilateral decisions without consulting other Pakatan parties.

The report quoted Selangor PAS election chief Jaafar Sulaiman, who has since denied the report and clarified that this is not his official position on the matter, saying that he merely conveyed his views over a private conversation.

Meanwhile Abdul Khalid Ibrahim said he is unfazed over reports that PAS had reached its tipping point and has now joined DAP and PKR in wanting him out as Selangor MB.

"As I know, in the political arena, job security is not as certain as, for example, in the corporate sector.

"I take it as a challenge and as a responsibility," he told a press conference in Shah Alam today when asked.

Khalid added he is not worried about any plans to oust him.

The Malaysian Insider had reported that PAS too wanted Khalid replaced as the menteri besar for constantly making unilateral decision without consulting his Pakatan Rakyat partners.

Prior to this, PKR in the Kajang by-election had put up its de facto leader Anwar Ibrahim as a candidate to eventually replace Khalid as menteri besar.

However, Anwar's conviction for sodomy in February threw a spanner in the works for the plan, dubbed the 'Kajang Move'.

DAP too has been highly critical of the menteri besar, particularly for Khalid's favourable stance on the controversial Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) project.

Kidex controversy

The Malaysian Insider report quoted Selangor PAS election chief Jaafar Sulaiman expressing dissatisfaction with Khalid.

However, Jaafar had since denied the report, stating that it was not his official stance and his views were merely expressed over a private conversation.

Elaborating on the unhappiness against him, Khalid said this was a norm in any job.

"Unhappiness is quite common because I am dealing with very sensitive issues.

"It is not my intention to make everyone happy but I have to ensure whatever I do is in order and in accordance to law," he said.

On a separate matter, Khalid declined to weigh in on the Kidex controversy.

He said that it was premature to discuss the matter as the Malaysian Highway Authority (MHA) had yet to inform the Selangor government on the details of the highway.

"As the state government has not received anything from MHA, the state government will not ask the local council to announce any plans yet.
 

"If I get it (information from MHA), then people can scrutinise and discuss whether it (Kidex) is doable or not," he said.- mk


Anwar Mahu Pemimpin UMNO Yang Taja Papagomo Langsaikan Kes Tersebut...

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan permohonan pengendali blog Papa Gomo yang mahu membayar ganti rugi secara ansuran sebanyak RM100 sebulan.

Enggan mengulas lanjut, Anwar sebaliknya meminta Umno sendiri yang menyelesaikan masalah itu.

"Jangan tanya saya, tanya pemimpin Umno yang taja dia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Asian Renaissance di Puchong, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100‎ sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," katanya dipetik laporan media semalam. 

Wan Muhammad Azri turut mengaku sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. – tmi




Anwar wants UMNO to settle Papa Gomo’s case...

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) today dismissed controversial blogger Papa Gomo’s request that he pay Anwar RM850,000 in cost and damages through RM100 monthly instalments.

Refusing to comment further, the PKR de facto chief told reporters to refer the matter to Umno.

“Don’t ask me, ask the Umno leaders who are sponsoring him,” he said after delivering a speech on the Asian Renaissance in Puchong today.

The Kuala Lumpur High Court yesterday dismissed with cost an application by Wan Muhammad Azri Wan Deris to defer the payment, awarded to Anwar in a defamation suit against the blogger over statements and images posted on his blog implicating Anwar with another man.

Wan Muhammad Azri, when met by reporters outside the court yesterday said he was trying to get the court's permission to pay RM100 a month to Anwar because he is now a fisherman. – June 21, 2014.- tmi

Photo: (7 FOTO) PEMILIHAN SEMULA KEADILAN 2014 CABANG KUALA LANGAT TERCEMAR DENGAN SEORANG PENYOKONG TAN SRI KHALID CEDERA TERUK DISERANG LEBIH KURANG 20 LELAKI 5 MINIT SEBELUM PENGUNDIAN DITUTUP!!!!!! 
http://omakkau.blogspot.com/2014/06/5-foto-pemilihan-semula-keadilan-2014.html
Pemilihan semula PKR 2014 di Cabang Kuala Langat hari ini dimana jam lebih kurang 6.55 petang iaitu 5 minit sebelum pengundian ditutup seorang penyokong kuat Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikenali sebagai Abang Zainol ketika sedang menikmati makanan dan minuman sambil menunggu pengundian ditutup, tiba-tiba datang lebih kurang 20 lelaki tanpa banyak bicara dan soal jawab terus menyerang dan memukul beliau.Kejadian berlaku dengan begitu pantas sekali sehingga tidak berjaya dirakam .. selepas memukul Abang Zainol mereka dengan pantas lari meninggalkan tempat tersebut.

Foto
Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak, Nilai, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen. 
Jam 12.00 pagi 22/6/2014

Jam 3.00 pagi 22/6/2014

Jam 6.00 pagi 22/6/2014


LIVE HERE n HERE

cheers.

No comments: