27 October 2013

Muhyiddin Yassin guna orang mati untuk menghalalkan kenaikkan harga gula...

Photo: Najib: Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda...

Okt 26 2013
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.-->http://m.malaysiakini.com/news/245025

 Kaitkan Azizan dan harga gula, Muhyiddin berkempen secara tidak berakhlak...

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

 

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham. 


Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.
 

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.-harakahdaily


Tahniah rakyat Malaysia kerena anda mempunyai PM dan TPM yang biol...

PAS leaders criticise Muhyiddin for insensitive remarks linking sugar consumption to deceased Kedah assemblyman...

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin should apologise unreservedly to the family of the late Tan Sri Azizan Abdul Razak for his insensitive remarks about the latter, said PAS Kedah commissioner Datuk Mahfuz Omar today.

Mahfuz said he found it distasteful that Muhyiddin would used a deceased politician to support the government's move to remove the subsidy for sugar. He described it as a disgraceful and unbecoming behaviour from a deputy prime minister.

"For someone in his position, Muhyiddin making the insensitive remarks linking Azizan with excessive sugar intake and doing it in Sungai Limau. Is Muhyiddin perhaps unaware that as a five-term state assemblyman, Azizan enjoys a lot of support in Sungai Limau?"

 "I would like to tell Muhyiddin that it is not the custom of folks in Sungai Limau to speak of Azizan in a manner as if to suggest that he had passed away because he had not taken proper care of his health until it was too late," Mahfuz said.

"PAS wants Muhyiddin to withdraw his statement and apologise to Azizan's widow, his family and all the voters of Sungai Limau," Mahfuz told The Malaysian Insider today.


Earlier today, Muhyiddin attempted to convince the public of the rationale for removing the sugar subsidy by mentioning Azizan's name.

Former Kedah Menteri Besar Azizan had to amputate both his legs due to diabetes, but died later on September 26 due to heart complications.

Muhyiddin said in today's world of excessive eating, especially in terms of sugar intake, even Azizan was affected by diabetes.

"Because of that, he also had to undergo a process where his legs were amputated," Muhyiddin added.

Mahfuz (pic), the PAS election director for the Sungai Limau by-election, expressed his disappointment over Muhyiddin's insensitive comments.

"There is no solid evidence supporting the government's claims that increasing the price of sugar will reduce the threat of diabetes in Malaysia. I guarantee that whatever the price of sugar in Malaysia, the government will not be able to keep a lid on the threat of diabetes," Mahfuz said.

Meanwhile, PAS assistant general secretary, Datuk Takiyuddin Hassan echoed Mahfuz's disappointment saying Muhyiddin's comments were out of line and unsubstantiated. He said it was uncalled for to use Azizan as an example because the cause of his diabetes was not necessarily excessive sugar intake.

"The government should come forward and give the public a proper explanation on the rationale for removing the sugar subsidy. If sugar was really the cause of an increase in diabetes cases, then why does the government not outlaw the sale of tobacco, which has been claiming lives for decades?" Takiyuddin asked. -TMI



Another great 'GIFT' from the BN ( Barang Naik) Government...

Beginning today, the Price of Sugar is set to increase!

Only problem with UMNO  and their macai's from PERKASA. They often only relate sugar to the simple sugar they buy in the retail shops and Hyper-Marts.

They forgot or in their empty heads, they forget that even the Small Cottage Industries from the Malays and other small businesses making and selling 'kuih' by the road side, in the kampungs, to small restaurants and shops, to even the food processing and manufacturing industries, all use sugar and its not so much as to the quantity of sugar being used, but more of flavouring in majority of Industries.

The 'QUANTITY' of sugar in most Food and Beverage Industries, from Cottage Size, Road Size Hawkers, to Restaurants and major Franchise Chains, along with Food Processing and Manufacturing Industries, the amount of sugar used for just the right flavouring has always remained constant. It's only the price that has never remained stable.

But of course the stupid supporters of UMNO/PERKASA and BN often could never comprehend anything beyond what they see from the  exterior  as 'THINKING' is too difficult and an impossible task for them... -f/bk



Mengapa PAS bantah GST...

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah baru untuk menambahkan pendapatan negara. Ia adalah cara mengambil duit daripada rakyat melalui cukai yang dikatakan saksama sebagai pendapatan kerajaan.

Peluasan asas cukai ini mustahak untuk Malaysia, dakwa sesetengah pihak kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini.

PAS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, kerana rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka. Umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai.

Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila GST diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus. Di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar 3 peratus sebelum beransur menjadi 7 peratus.

Ada yang berkata masyarakat kampung tidak akan merasai beban daripada GST. Ingin diingatkan bahawa kebanyakan barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung datangnya juga daripada para pembekal di bandar.

Barangan itu sudahpun dikenakan GST ketika tiba di kedai runcit. Walaupun kedai runcit yang kecil itu dikecualikan daripada GST kerana tidak melepasi had minimum perolehan tertentu, barangan yang dijual kepada masyarakat kampung sudah tentunya pada harga yang lebih tinggi kerana sudah dikenakan GST oleh pembekal.

Jangan terlalu gembira dengan pengumumkan pelbagai barangan asas seperti tepung, gula, beras dan garam tidak dikenakan GST. Hakikatnya, apa-apa yang dihasilkan daripada tepung, gula, beras dan garam kepada makanan siap yang sampai ke tangan pengguna boleh dikenakan GST.

Perkara terpenting dalam perlaksanaan GST ialah penguatkuasaan, bab yang kerajaan BN terkenal sebagai kelemahannya. Untuk memastikan GST berfungsi dengan baik yakni menjana pendapatan yang seharusnya bagi kerajaan, penguatkuasaan kepada semua yang mengenakan GST perlu dilakukan secara saksama dan adil.

PAS terbayang akan berlaku masalah di mana kedai yang tidak layak mengenakan GST, akan sengaja mengenakan GST kepada pelanggannya untuk pendapatan lebih. Lebihan wang hasil daripada peratusan tambahan GST itu pula tidak dilaporkan kepada kerajaan kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah.


Akhirnya, rakyat membayar GST ini bukan untuk pendapatan kerajaan tetapi untuk mengkayakan lagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Akibat rasuah yang berleluasa, PAS juga terbayang banyak syarikat yang terlepas daripada hukuman atau denda kerana menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang yang dikenakan kepada rakyat awam.

Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk pelaksanaan GST, lebih-lebih lagi apabila BN masih berkuasa.

Lihatlah bagaimana kerajaan BN cuba untuk mengurangkan defisit negara. BN tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan, malah perbelanjaan pengurusan meningkat RM15.8 bilion, daripada RM201.9 bilion pada 2013 kepada RM217.7 bilion pada 2014 berbanding peningkatan pendapatan sebanyak RM15.5 bilion daripada RM208.6 bilion pada 2013 kepada RM224.1 bilion pada 2014.

Pengurangan defisit bajet sebenarnya dicapai dengan memotong peruntukan pembangunan sebanyak RM3.2 bilion daripada RM49.7 bilion pada 2013 kepada RM46.5 bilion pada 2014 Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2015 di mana GST bakal dilaksanakan. Ini bermakna kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan GST untuk meningkatkan pendapatan.

Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja.-harakahdaily


Photo: “一個大馬人民援助金”由原本的500令吉提升至650令吉。




cheers.

No comments: