04 October 2013

Anti TPPA - Anwar OK, Mahathir cam mana...

 Pentas Perdana Anti-TPPA: Anwar setuju, keputusan Dr M masih ditunggu...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengesahkan penyertaannya dalam Pentas Perdana Anti-TPPA yang bakal menemukan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas majikannya itu belum memberi pengesahan kehadiran.


 Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, berkata Anwar sudah menyatakan kesediaan dan setakat ini SAMM sebagai penganjur program berkenaan masih menunggu jawapan Dr Mahathir.

"Anwar menyatakan kesediaan manakala Dr Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPPA masih belum memberikan jawapan positif.

 "Kami masih menunggu jawapan daripada Dr Mahathir dan optimis bahawa beliau akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pentas yang mungkin akan menemukan kedua-dua rakan sekerja yang berakhir dengan bermusuhan itu dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober, 8.30 malam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

SAMM bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA, menganjurkan program ini.

Badrul berkata, pihaknya berusaha supaya kedua-dua tokoh itu berada atas satu pentas perdana mempertahan kedaulatan negara bagi menolak perjanjian TPPA.

Bagi membuktikan jemputan telah dihantar, salinan surat itu disertakan dalam kenyataan medianya.

Katanya, SAMM berpendapat kedua-dua tokoh ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.

Sehubungan itu, katanya, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk Anwar dan Dr Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi.

Beliau berkata, Anwar membuktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanah air ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA.

"SAMM yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasikan aspirasi rakyat demi masa depan negara," katanya. - TMI


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan Implikasi Perdagangan Malaysia



Anwar says yes to anti-trade pact rally, now organiser waits for Dr Mahathir...

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) has confirmed his participation in a rally against the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) which could see him share the stage with Tun Dr Mahathir Mohamad.

That is, if his former boss confirms his attendance.

"Datuk Seri Anwar has expressed his willingness while Tun Dr Mahathir who has been a strong opponent of Malaysia signing the agreement has yet to give an affirmative answer,” said Badrul Hisham Shahrin or CheguBard, the founder of youth movement Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), the rally organiser.

 "We are still waiting for a response from him and are optimistic that he will consider attending the final rally."

The stage event will take place at Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, at 8.30pm on October 10.

SAMM and Solidariti Mahasiswa, in partnership with the Anti-TPPA Action Group, are organising the programme.

According to CheguBard, his camp has been working to get the two leaders on the same stage to help convince the government to reject the TPPA.

It will also be a good opportunity for Anwar and Dr Mahathir to answer questions on the agreement, and on any hidden agenda, CheguBard said in a statement today.

"SAMM is certain both leaders have their own influence and can stand together on the same stage to help realise the aspirations of the people for the future of the country," he said.

The TPPA is a free trade agreement currently being negotiated by nine countries – United States, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapore and Vietnam. - October 4, 2013.-TMI


TPPA - a good deal for Malaysia?






cheers.

No comments: