17 October 2013

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad...

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

NONE"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.


Photo: Kalau ikut pandangan Datuk Nooh Gadut bagaimana dengan Lirik Lagu Johor Darul Takzim tersebut?

Dibawah antara pandangan Datuk Nooh Gadut seperti mana di siar Media Umno Utusan...

'Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja 

mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu Allah hanya untuk orang Islam 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor,
Datuk Nooh Gadut
Utusan Online
16/10/2013
Kalau ikut pandangan Datuk Nooh Gadut bagaimana dengan Lirik Lagu Johor Darul Takzim...

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

 
Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 01(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?- malaysiakini



Scholars counter 'infidel' argument over 'Allah'...

Declaring Muslims who allow Christians to use the word 'Allah' as infidel has larger implications as it involves the entire Muslim world and prominent scholars, former Perlis mufti Asri Zainul Abidin says.

Asri said this is because Christians in the entire Arab world have used this word, even in the early years of Islam.

"They have used the word 'Allah' for thousands of years, up to the days of the Prophet Muhammad. There is no issue as to whether they are referring to the Real Being, and not a deity," he said.

If that view on apostasy and the word 'Allah' is accepted, Asri said, then prominent scholars like Yusof Qardawi and Wahbah Zuhaili, who allow the use of 'Allah' by Christians, are also apostates.

He added that it also has implications on the use of the word in state anthems as well as in logos like the police and armed forces emblems, which are sung or used by non-Muslims.

Speaking to Malaysiakini today, Asri, however, refused to direct his statement to anyone in particular and merely used the term "certain quarters".

NONE"We have to be careful in our views. This view (on apostacy) is illogical. So I hope certain quarters who expound this can come forward to explain how (the use of Allah by non-Muslims) is deviant," he said.

Johor Islamic Council adviser Nooh Gadut (right) today reportedly warned that Muslims who question the Court of Appeal ruling barring the use of Allah by a Christian publication can become infidels or apostates.

Instruction by God


While Asri did not mention names, religious scholar Wan Ji has asked Nooh to clarify his stand, especially when it comes to Quranic verses, which he argued, allows Christians and Jews to use the word 'Allah'.

Wan Ji, a former PAS Ulama Council member, said that in the Quran, the Christians were told to swear in the name of Allah, to deny a criminal charge against them.

"From Nooh's point of view, is this instruction by God correct or incorrect?" he asked on his Facebook page.

Another verse, he said, states that Muslims can eat meat from animals slaughtered by Christians and Jews because the animals were slaughtered in the name of Allah.

Wan Ji added that the Quran also states that Jews and Christians have different understandings of Allah, with Jews and Christians viewing Ezra and Jesus as the sons of Allah respectively.

"So how can we say that Jews and Christians before are not the same as Jews and Christians today? Does Nooh have an answer for this?" he asked.

"If a court in England bars Muslims there from using the word 'Jesus' in the Quran because Muslims' understanding of Jesus is different to the Christian understanding, would Nooh agree?"-malaysiakini


Undi punya pasal... Sana boleh... Sini tak boleh...


cheers.

No comments: