20 September 2013

"Patutkah Najib letak jawatan selepas gagal mendapatkan majoriti 2/3 dalam PRU-13?" - kalau saya bagi tahu keputusannya, mampuihlah saya - Pengarah UMCEDEL...


"Patutkah Najib letak jawatan selepas gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13?" - itu adalah merupakan soalan yang disiarkan dalam salah satu slaid yang disampaikan oleh pengarah Mohammad Redzuan Othman,Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya yang menarik perhatian orang ramai semalam.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ke atas soalan tersebut di atas itu tidak didedahkan.

"Saya hanya boleh berkata, hasilnya tidaklah terlalu menyenangkan, dan boleh menimbulkan masalah kepada saya jika saya dedahkan," kata Redzuan apabila diasak oleh pemberita2 semalam.


Kajian: Rakyat mahu Najib letak jawatan?

Menjelaskan lebih lanjut, Redzuan berkata, ahli-ahli UMNO dan orang ramai biasa mempunyai harapan yang tinggi kepada Najib untuk memimpin BN dan mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya lalu berikutan kekalahan terbesar BN pada tahun 2008.

"Sudah terdapat satu amalan ketika masa Pak Lah (Abdullah Badawi)dulu, di mana beliau meletakkan jawatan selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga. Jadi, anda boleh anggarkan  apa yang rakyat mahu masa ini, "katanya.


UMCEDEL telah membentangkan penemuan beberapa isu nasional, termasuklah isu kesepakatan(reconciliation) di antara BN dan Pakatan Rakyat yang berdasarkan kaji selidik dijalankan antara 15 Ogos hingga September 10, kira-kira tiga bulan selepas GE13.

Seramai 1,546 responden daripada kumpulan pengundi berdaftar telah dipilih untuk memberikan pendapat mereka.

Redzuan
(gambar bawah) berkata 69% responden mahu diadakan apa saja bentuk kesepakatan(reconciliation) antara BN dan PR,kerana mereka dah bosan dengan pertelingkahan berterusan antara kedua-dua pihak.

"Mungkin orang ramai dah naik meluat,bosan dan penat dengan pertelingkahan politik yang sering berlaku selepas GE13. Ini adalah pandangan orang ramai, dan sudah tentu ahli-ahli politik lebih arif",katanya.




Kedudukan Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia juga merupakan sebahagian daripada kajian UMCEDEL itu. 


Soalan serupa turut ditanya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Soalan berbunyi "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya?", itu bagaimanapun disertakan dengan keputusan.
 

Dalam keputusan kajian itu, 55 peratus menyatakan tidak bersetuju, 28 peratus bersetuju dan 18 peratus lagi tidak pasti.

Daripada 55 peratus yang tidak bersetuju itu, 72 peratus adalah dari kaum Cina manakala 52 peratus dari kaum Melayu.


Pokoknya, 55% responden bersetuju bahawa Anwar Ibrahim masih diperlukan untuk bergiat dalam arena politik tanah air, walaupun  beliau gagal menguasai Putrajaya dalam pilihan raya bulan Mei lalu.-harakahdaily


Whether Najib should resign: ‘If I reveal the results, I will be in trouble’ – UMCEDEL director...

“Should Najib resign after failing to get two-third majority in the 13th general election” – that was the question posted in one of slides presented by Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) director Mohammad Redzuan Othman that caught the attention of many yesterday.

However, the study result on that particular question was not revealed.

“I can only say, the result is not too pleasant, and can put me in trouble if I reveal it,” said Redzuan when pressed by reporters yesterday.

Explaining further, Redzuan said UMNO members and ordinary public has high hopes Najib to lead BN to regain two-third majority in the last election following BN’s biggest loss in 2008.

“There’s already a precedent in Pak Lah (Abdullah Badawi)’s time, where he resigned after failing to get two third majority. So, you can gauge what the people want this time,” he added.

UMCEDEL presented its findings on several national issues, including the reconciliation between BN and Pakatan Rakyat yesterday based on survey carried out between August 15 to September 10, approximately three months after GE13.

1,546 respondents from the pool of registered voters were selected to give their opinion.

Redzuan said a whopping 69 percent of respondents wanted some sort of reconciliation between BN and PR, citing fatigue of constant bickering between the two coalitions.

“Maybe the people are fatigued with the political bickering after GE13. This is the public view, and of course politicians know better,” he said.

The position of Anwar Ibrahim in Malaysia politics also formed part of UMCEDEL’s study. 

55 percent respondents agreed that Anwar needed to stay on despite his failure of capturing Putrajaya in the May election.-harakahdaily

1208838_584234954948592_232204698_n

Kematian Chin Peng pada 16 September disebabkan Anwar, menurut pecacai2 UMNO...
kata orang..."adalah mudah memperbodohkan orang yang bodoh walaupun diri kita sendiri tu dah bodoh"...



cheers.

No comments: