15 September 2013

Kerjasama dengan PKR dan DAP - Hadi Awang + Nik Aziz = OK....Harun Taib = ???



Jangan kasi pelampung kepada UMNO yang sudah kelemasan...

Mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik saranan yang timbul dalam satu perhimpunan anjuran PAS semalam agar parti tersebut mengkaji semula kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

nik aziz fb sinar harian 150913Namun, beliau tetap berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

"...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Tambahnya, PAS juga sepatutnya berusaha untuk membolehkan agar amalan Islam difahami oleh orang bukan Islam dengan baik.



"Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan bukan Islam," katanya.

NONEBekas menteri besar Kelantan itu menegaskan bahawa strategi PAS untuk kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat.

"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.

"Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara," tambahnya.

Kenyataannya itu senada dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata saranan yang ditimbuilkan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib tersebut bertujuan untuk menguuatkan lagi kerjasama dengan PKR dan DAP.

Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian hari ini menegaskan, PAS akan tetap bersama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Harun dalam satu himpunan PAS di Kedah semalam mencadangkan PAS Pusat supaya mengkaji semula kerjasama politik dalam Pakatan berdasarkan garis panduan syura susulan pengaruh parti itu didakwa semakin lemah.-malaysiakini


 
Nik Aziz okays Pakatan review but rules out exit...

PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, a staunch backer of Pakatan Rakyat, has okayed a review of PAS' position in the alliance but put the lid on a possible exit of the party.

Any review, said the veteran PAS leader, should only be directed at strengthening cooperation within Pakatan and not to the detriment of the political pact.

"...If want to review, go ahead. But review only for improving, not review to go backwards.

NONE"Review to go backwards is only to give a lifeline to Umno that is drowning," he said in a Facebook statement today.

He was responding to PAS Ulama chief Harun Taib (right) who called for a review of PAS relationship to Pakatan Rakyat after the Islamist party regressed in the 13th general election.

Harun had blamed the party's over-tolerance to the demands of non-Muslims that led to its erosion of Malay support.

Even though an ulama himself, Nik Abdul Aziz has had divergent views with the religious scholars' wing and is instead a strong advocate for cooperation with PKR and DAP.

He has consistently shot down overtures between his lieutenants and Umno, mindful of their bitter cooperation that ended with a power struggle in 1978.

PAS was ousted from its power base of Kelantan after it exited BN and took 12 years before it managed to return to power.

Nik Abdul Aziz, who is former Kelantan menteri besar, stressed that staying in Pakatan is the right decision.

"True that we want to achieve victory in the general election, but remember that PAS as an Islamic movement also carries the responsibility of carrying Islam on the political stage.

"Therefore, PAS' presence in Pakatan Rakyat has never been a mistake. In fact, it is the right step in line with national political realities," he said.

He added that PAS should also work harder to foster understanding towards Islam by non-Muslims.-malaysiakini



Daripada 10 bilion,mungkin rakyat terima 10%-15% saja,yang lain tahu2 saja le...
"Najib, Muhyiddin and UMNO owe an explanation to all Malaysians - whatever their race or religion - as to why the bumiputera community has remained so weak under their stewardship?

cheers.

No comments: