03 September 2013

Alahai...20 kupang saja, bukan banyak...terima kasih BN,kerana gitu prihatin...padan muka aku...


Banyak terima kasih BN kerana menaikkan harga minyak Diesel, RON95 naik 20 sen...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.


Sementara itu, Bernama melaporkan pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.


Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Jimat RM1.1 bilion tahun ini

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.

NONE"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.

Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.

"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.

Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.

"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.

Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.



"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.

Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.

"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.

"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.



'Inflasi masih rendah'
 

Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.

Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.

"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau.- malaysiakini


 

Tahniah kepada pengundi BEBAL Barisan Nasional! kerana anda CUKUP CUKUP CUKUP CUKUP BEBAL!!!!

PR  telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu  di 133 kerusi Parlimen."Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

Selamat Menyambut Hari  Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13
!!!



Diesel and RON95 to go up by 20 sen...

The price per litre of RON95 grade petrol and diesel will increase by 20 sen from midnight tonight.

RON95 grade petrol will now cost RM2.10 per litre while diesel will cost RM2.00 per litre. 


Assuming that a new Proton Saga SV has a completely empty 40 litre tank, buying a full tank of RON95 fuel tomorrow would cost RM8 more than today.

This is the first price increase for RON95 petrol and diesel since December 2010.

This was announced by Prime Minister Najib Abdul Razak at a specially-called press conference at his office in Putrajaya.

Previously, the Najib administration had warned that the government's many subsidies for fuel and staple goods must be "rationalised" to reduce the federal government's burgeoning debt.

However, critics have warned that reducing subsidies would cause  inflation while suggesting that the government be more prudent instead.


The increase in fuel prices was among the measures decided by the Fiscal Policy Committee (FPC), which met today. The meeting was chaired by Najib.

petrol station queue price hike 020913 Najib said that the FPC's assessment of the external environment was that it was increasingly challenging and it was vital to strengthen the country's fiscal position to sustain economic resilience.

Slashing subsidies, said Najib, can help achieve this goal because the current subsidy system also benefits non-target groups such as the higher income group and foreigners.

Thus the reduction of subsidies for diesel and RON95 grade petrol was among the "first steps" which the FPC had decided on.

Without the 20 sen increase, Najib said that the government would subsidise 83 sen for each litre of RON95 grade petrol and RM1 for every litre of diesel, which would cost public coffers an estimated RM24.8 billion. 



Balanced budget by 2020

Other measures decided by the FPC include increased prudence in initiating public sector projects.

"Projects with low import content and high multiplier effects will be given priority, without jeopardising economic growth. However, projects with high import components will be sequenced accordingly, so as not to adversely impact the balance of payment position.

NONE"However, the Mass Rapid Transit (MRT) Lines 1, 2 and 3 will proceed as planned. The Southern Corridor High-Speed Rail (HSR) project is still under negotiation," he said.

He added his administration will also look at ways to enhance Malaysia's competitiveness and further diversify the export markets, with a focus on tourism, because it is a major foreign exchange earner, in view of Visit Malaysia Year 2014.

"(These) measures will not only address the immediate concerns of the economy and the government's financial position, but also strengthen public finances over the medium and long term," he said.

He added that the FPC also reaffirmed the government's commitment to achieve a fiscal deficit target of about three percent of GDP by 2015 and a balanced budget by 2020.- malaysiakini


"Pakatan Rakyat had made an attractive offer in its election manifesto to reduce the price of petrol immediately if it had won the polls and formed the government. Sadly, 47 per cent of registered voters swallowed the lies of BN and helped them to win 133 parliamentary seats."




Antara pengeluar minyak di dunia ini,hanya Malaysia yang jual minyak yang paling mahal kepada rakyatnya .dulu Rm1.90 seliter sekarang dah jadi RM2.10 seliter


cheers.

No comments: