17 September 2013

Kereta Mercedes pun depa boleh seludup masuk, abu mayat Chin Peng apa sangat...



Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok semalam akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.


 Semua individu yang lahir di Malaya dan Singapura tanpa mengira kaum secara automatik dapat hak KEWARGANEGARAAN

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di Kota Kinabalu ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.- malaysiakini


Bila bos sudah bersuara, maka polis kena bertindak menyekat abu mayat Chin Peng masuk ke Malaysia dengan apa cara sekali pun...


Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng...

Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.

“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat.

Beliau antara lainnya mengulas kenyataan MP Segambut Lim Lip Eng.

Lim membangkitkan bahawa penceroboh Sulu dari Filipina yang membunuh sembilan orang anggota keselamatan Malaysia awal tahun lalu ini di Sabah, dikebumikan di negeri tersebut.

Khalid berkata, kerajaan akan menggali semula kubur berkenaan apabila timbul tuntutan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia.

Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan dilaporkan berkata, Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dikebumikan di kampung kelahirannya di Setiawan, Perak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, abu mayat itu juga tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia.- malaysiakini


Sempadan negara mudah dibolosi PATI, penyeludupan dadah, senjata,curi kereta mewah dan motor, ini abu mayat Chin Peng apalah sangat...

Bungkus dalam plastik masuk dalam poket dan masuk kot Padang Besaq atau Danok, dan pi taboq di  halamannya di Sitiawan, Perak, sapa pun tak tahu.

Yang aku pelik adakah peralatan2 untuk mengesan abu Chin Peng... macam cerita katun!!!

Pi tangkap pendatang haram Bangla,Pakistan,Myanmar dan Indon serta penyeludup2 dadah tu lebih baik dan berfaedah!!!


 

Cops on alert for return of Chin Peng's remains...

Within hours of the death of former Communist Party of Malaya leader Chin Peng in Bangkok yesterday, the police in Malaysia were on alert to prevent his remains from being returned to the country.

NONEInspector-General of Police Khalid Abu Bakar said all checkpoints are being watched to ensure that his body is not smuggled in.

"All entry points into Malaysia monitored and men alert to prevent  remains of Chin Peng to enter the country," he said in a Twitter posting late last night.

Khalid also locked horns with other Twitter users over his insistence that the remains being repatriated, saying that Chin Peng was responsible for the death of many police and army personnel during the Emergency.

Segambut MP Lim Lip Eng had pointed out that Sulu intruders from the Philippines, who had killed nine members of the Malaysian security forces during their incursion into Sabah early this year, had been buried in the state.

To this, Khalid replied: "We will exhume the Sulu terrorist bodies when there are claimants to it. That is the arrangement.”

Prime Minister Najib Abdul Razak yesterday ruled out that Chin Peng's remains would be allowed to be buried in Malaysia.


Chin Peng's comrade Fang Shan had said that it was the wish of the deceased that his ashes should be buried in his hometown of Setiawan, Perak.

However, Home Minsiter Ahmad Zahid Hamidi said even his ashes would not be allowed on Malaysian soil.-malaysiakini


No law to bar Chin Peng’s ashes from returning home

Stand by your promises on Chin Peng

Phang Jin Fung - Org Sulu masuk bawa senjata dia tak sekat, mayat pula dia berusaha nak sekat... Kerajaan pertama di dunia... haha... kesian juga ada kerjaan yg takut org mati...
 

Cliff Edison Wiffred Sibat - Apsal plak fobia sangat ngan ABU mayat Chin Peng nih..? ABU mayat Altantuya depa semua releks je..?
   
Shanandoah - Just pack the ashes as 'tom yam' soup powder for muslims only and all will be well. Then Khalid and Zahid would have done a good job by keeping out Chin Peng's ashes from reaching any part of Malaysia!
   
R.Venugopal - The police force shall now be very busy looking out for Chin Peng's body or ashes. Our police force should be protecting the nation from criminals instead of looking out for dead body or ashes belonging to Chin Peng. We have a great IGP who repeats what the politicians says.

intheair - First, they interviewed school children without their parents knowledge. Then, they visited Pak Samad at wee hour. Now, they are on guard for ashes.

davidfsc - Stupidest IGP. There are 1001 ways to bring the ashes back to Malaysia. The ashes will find its way back to Msian soil. May Chin Peng's soul rest in peace.

mushiro - The cops cannot stop drugs from entering the country, the cannot stop cigarettes, illegal immigrants and they could not even stop 100 fully armed Sulus from entering the country. Now the cops are fully focused to stop the harmless ashes of Chin Peng from entering the country. Is it a surprise that our crime index is going the wrong direction ?





Wawasan 20 sen 20 sen...
cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Polis,terutama KPN kita ni nak jadi apa???

Kes bunuh,tembak,ragut,pendatang haram beratusan tak selesai...

Ni nak pi sekat agar abu mayat Chin Peng tak masuk Malaysia buat apa!!!

Betoi2 mangkok hayun!!!!