20 April 2013

Dah lambat pun...


Mesyuarat khas bagi selesai isu pertembungan calon PKR, PAS

Enam kerusi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara sesama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memaksa satu mesyuarat khas diadakan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Berlaku pertindihan antara PAS dan PKR untuk satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tamat penamaan calon hari ini.

“Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini untuk membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR,” kata Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kerusi Labuan, pertindihan berlaku selepas calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad hadir pada hari penamaan calon untuk mendaftarkan diri selain calon Barisan Nasional (BN) Rosman Isli yang akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.

Pertindihan calon antara sesama parti pembangkang juga berlaku di kerusi negeri Pulau Pinang melibatkan dua calon pakatan pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR yang akan berhadapan lawan daripada BN, Datuk Mahmud Zakaria.

Selain itu, empat lagi kawasan DUN yang berlaku pertindihan ialah Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Ahmad Sabki juga berharap semua penyokong PR bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap situasi terkini yang berlaku sehingga keputusan penuh dibuat pada Isnin ini.

“Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini, katanya lagi.

Selepas penamaan calon yang berakhir hari ini, beberapa kejutan juga berlaku melibatkan calon bebas daripada pembangkang antaranya dua ahli DAP yang bertanding bebas walaupun tidak mendapat laluan daripada parti iaitu Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.

Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk memerintah di negara ini.

Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih kurang 13.3 juta pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia.-malaysian insider


PAS to decide on clashing candidates with PKR...


Following several seats in which both PAS and PKR have placed their candidates, undermining Pakatan Rakyat's efforts to defeat Barisan Nasional candidates, the Central PAS Working Committee has announced that it will meet on Monday to make a final decision on the matter.

"We call on all members and supporters of PAS and Pakatan Rakyat to be patience until a decision is made by the top PAS leadership this Monday," said deputy secretary general Ahmad Sabki Yusof in a brief statement.


PAS and PKR candidates are clashing in the state seats of Sungai Acheh (Penang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera and Seberang Takir (Terengganu), Panti (Johor) and the federal territory parliamentary seat of Labuan.

In Labuan, PAS fielded Hadnan Mohamad while PKR nominated Ibrahim Menudin.

The other PKR and PAS candidates clashing among themselves are:

Badrul Hisham Shaharin (PKR) and Mohd Yusni Mat Piah (PAS) in Sungai Acheh;
 

Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) and Ridzuan Ismail (PAS) in Kota Damansara;
 

Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) and Roslan Ismail (PAS) in Bukit Besi;
 

Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) and Adam Mat Said (PAS) in Kota Putera;
 

Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) and Zakaria Dagang (PAS) in Seberang Takir; and
 

Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) and Azlisham Azahar (PAS) in Panti.

T.Sekole - Aku betoi2 frust dengan telatah si sombong dan si bodoh ini, sampai hilang mood PRU-13 buat sementara waktu...



cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Bro.
Saya tahu sangat perundingan yang di buat tentang calon antara PAS dan PKR.
Saya ingat yang bodoh si sini ialah Mustafa Ali dan Ketua PAS negeri.Tapi jika AS negeri hendak bertanding pun,Mustafa Ali boleh overule.Kenapa dianissue watikah.

Di Penang jika tak hati hati semua calon PKR dan PAS akan kalah.

Ini cerita bodoh sombong.

Anonymous said...

Tapi kalau tgk watikah perlantikan...Surat Mustafa Ali keluar dulu dari Surat PKR kpd Chegu Bard.

Saya harap ini dpt di selesaikan dgn mesyuarah...buat malu kat DAP jer mcm nih...apatah lagi BN.

Yg penting matlamat kita utk tumbangkan BN perlu diutamakan.

Husin Limbang

ali allah ditta said...

Pasai terlalu syiok sangat nak bertanding kawan pukoi kawan tak pa.

Aku tak sangka yang si bodoh dan si sombong ni terlupa sapa musuh mereka sebenarnya!!!