18 April 2013

ROS cuba nak kelirukan pengundi2 Cina...

Langkah Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP bermakna satu perkara, tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah calon untuk menggunakan logo Roket dan memaksa mereka menggunakan logo bulan PAS atau logo mata PKR.

Keputusan tersebut mungkin akan menjejaskan peluang calon DAP di 49 kerusi Parlimen dan lebih 100 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya 5 Mei oleh kerana kebanyakkan kerusi yang mempunyai majoriti masyarakat Cina akan ditandingi oleh parti yang popular dengan logo Roketnya.

“Keputusan RoS bermaksud tiada siapa yang diiktiraf oleh kerajaan mempunyai kuasa. Jadi, mereka tidak mempunyai kuasa untuk tandatangan surat watikah untuk menggunakan symbol parti,” kata sumber  DAP kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan pucuk pimpinan parti masih berbincang mengenai pilihan yang mereka ada sekarang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan logo Roket boleh digunakan.

“Kami harus melihat implikasi dari keputusan itu,” tambahnya.

Logo roket parti itu berada merata-rata dalam pilihan raya umum 2008, di mana bertanding di 149 kawasan pilihan raya, termasuk 47 kerusi Parlimen dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi negeri.

Sembilan belas daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah di Pulau Pinang dimana mereka membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan PAS. Ketiga-tiga parti ini masih lagi membentuk satu pakatan formal menyebabkan mereka perlu menggunakan logo masing-masing dalam pilihan raya akan datang.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar walau bagaimanapun percaya DAP masih lagi boleh menggunakan logo Roket mereka.

“Boleh boleh bertanding guna logo mereka sebab masalah dengan RoS ini bukan masalah pembatalan parti. Cuma masalah RoS tidak iktiraf pemilihan CEC,” kata Wan Ahmad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

“Jadi pucuk pimpinan DAP perlu bertemu dengan RoS samada hari ini atau esok untuk selesaikan masalah ini dan dapatkan penjelasan senarai CEC yang mana yang RoS iktiraf,” tambah beliau.

Penerima manfaat segera daripada tindakan RoS dua hari sebelum hari penamaan calon itu adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA, yang kehilangan pengaruh disebabkan populariti DAP selepas pilihan raya umum 2008.

Parti Cina itu telah “meminjamkan” tiga kerusi Parlimen untuk Umno akibat daripada kehilangan sokongan dilihat sebagai risiko kepada gabungan pemerintah itu pada pilihan raya 5 Mei.

“MCA akan pusing bandar dan mengatakan undi Cina dalam bahaya kerana pemerintahan PAS sebab DAP tunduk kepada PAS kerana DAP tidak boleh guna logo Rocket,” kata penganalisis politik yang tidak mahu dinamakan.

“Ini pastinya akan memberikan kesan kepada DAP,” tambah beliau.

Sumber dalam BN mengatakan gabungan tersebut perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 25 peratus undi Cina dalam Pilihan Raya 2013 atau akan hilang lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya 2008.

Ramai penganalisis percaya BN hanya boleh mendapatkan 20 peratus undi Cina dalam pilihan raya akan datang.

Hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 di luar negara layak untuk mengundi dalam pilihan raya 5 Mei ini.-malaysian insider

Skudai,Johor

PAS, PKR sedia benarkan DAP guna logo...

Berikutan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, rakan-rakan Pakatan Rakyat bingkas bangun menawarkan calon-calon DAP bertanding dengan menggunakan logo PAS dan KEADILAN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mungkin DAP menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU kali ini jika ROS yang dipergunakan oleh Barisan Nasional masih tetap mahu menyekat DAP daripada bertanding.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP mengakibatkan wujud kerisauan bahawa logo DAP tidak boleh digunakan oleh calon-calon DAP kerana surat kuasa parti yang harus dikepilkan bersama borang pencalonan mestilah ditandatangani ketua parti yang diiktiraf, seperti yang termaktub dalam peraturan pilihanraya.

“Pada saya, saya tidak nafikan bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata,” kata Mustafa mengulas tindakan ROS. “Jika mereka (calon-calon DAP) bertanding tanpa logo yang diiktiraf, mereka akan jadi calon bebas. Tapi kami rakan dalam pakatan ini dan kami akan tetap bantu-membantu sama lain,” tambah beliau.

Mustafa menegaskan bahawa PAS cukup bersedia untuk membantu rakannya ketika DAP berhadapan dengan ujian sebegini di saat-saat PRU akan bermula.

“Saya telah menghubungi Mursyidul Am (Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan mereka berkata kita tak ada masalah, kita akan tolong DAP,” ujarnya.

Sementara itu, Saifuddin pula berkata, tindakan ROS meletakkan DAP dalam situasi yang sukar dalam tempoh 48 jam sebelum penamaan calon adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan kejam.

“DAP adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat, mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan rakan utama.

“Kami juga telah membuat ketetapan sebagai menunjukkan semangat kekitaan dan esprit de corps Pakatan Rakyat. Kami bersetuju untuk bila-bila masa sahaja mengeluarkan watikah untuk calon-calon DAP,” kata beliau.

Semangat setiakawan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa semakin BN menggila untuk menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum, semakin kukuh ikatan persaudaraan di kalangan warga Malaysia.

Ini adalah kerana semakin ramai rakyat sedar tentang kezaliman dan kekejaman UMNO dan BN menggunakan isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka yang semakin rapuh. – Roketkini.com

 

ROS letter brings Kit Siang to tears...

“I must confess that I have shed tears.”

That was DAP veteran Lim Kit Siang's response on how he felt about the prospect of not being able to contest under the "rocket" logo for the first time in his political career.

"That is how deeply I feel about it," he added.

The Registrar of Societies (ROS) has sent DAP a letter yesterday evening informing the party that the current central executive committee was not recognised, pending a probe on a "technical glitch" over its election results.

This meant that authorisation letters to use the party logo by the party secretary-general to candidates for nomination day, were invalid.

Although the ROS and the Election Commission (EC) assured that this was not the case, the party is not taking chances and demanded that the ROS retract the letter first.

Unless the letter is revoked by 3pm tomorrow, DAP secretary-general Lim Guan Eng said that the party would be be using PAS' logo in Peninsula Malaysia and PKR's logo in Sabah and Sarawak.

Guan Eng said the deadline was chosen in view of the time needed to make necessary arrangements for nomination day.-malaysiakini


DAP says will use PAS, PKR logos if ROS letter not revoked

DAP not illegal, can use party symbol, assures ROS
Skudai,Johor
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan(ROS) nak perkena DAP...

Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

DAP mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar tidak lama lagi.

Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya.

Surat tersebut yang bertarikh semalam dan dikatakan dari ROS, sedang beredar di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS.

Jika benar, ini merupakan satu tamparan terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon.

DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula.

Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.-malaysiakini


TSekole - Implikasi daripada tindakan ROS ini sememangnya menguntungkan UMNO/BN. Katakanlah setelah DAP menang besar semua kerusi ditandinginya, tiba2 DAP diisytihar sebagai pertubuhan haram(macam UMNO dulu) bererti DAP tak lagi wujud, maka bagaimana status semua calon2 DAP yang menang atas tiket DAP itu nanti?

Katakanlah PR mengambil alih Putrajaya selepas PRU-13, tapi dengan status DAP yang masih dipersoalankan oleh ROS, mungkin kemenangan PR boleh dibatalkan dengan itu UMNO/BN akan balik memerintah, terima kasih kepada ROS yang membolehkan ia menjadi kenyataan.

Jalan terbaik ialah semua calon2 DAP gunakan lambang parti PKR atau PAS semasa penamaan calon nanti.


PAS and PKR offer lifeline to DAP candidates...

Both PAS and PKR are offering to allow DAP to field its candidates under their respective party’s tickets, after the Registrar of Societies (ROS) has moved to suspend the latter’s central executive committee (CEC).

This was announced at a joint press conference held this evening by the secretaries-general of all three Pakatan Rakyat parties - Lim Guan Eng from DAP, Mustafa Ali from PAS and Saifuddin Nasution from PKR.

Lim said this would likely take the form of its candidates in the peninsula standing under the PAS ticket, while its candidates in Sabah and Sarawak would stand under the PKR ticket.

DAP will hold a meeting tonight to finalise arrangements, while both Mustafa and Saifuddin have pledged their party’s support to whatever decision DAP may take regarding the use of their party symbols.

On another note, Lim told the press that as a result of the CEC being suspended, he as the secretary-general no longer has the power to issue letters of authority to DAP’s candidates to allow them to stand under the party’s ticket.-malaysiakini


Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding

Skudai,Johor

ROS does not recognise DAP's CEC lineup...

Just two days to nomination day, the Registrar of Societies (ROS) has apparently sent a letter to DAP informing the party that it does not recognise DAP's central executive committee (CEC).

DAP is expected to converge an emergency meeting at 3pm today as it scrambles to deal with the repercussions of the ROS’ decision, and will most likely call for a press conference an hour later.


Party secretary-general Lim Guan Eng refused to comment further on the matter when asked during a press conference to announce its Selangor candidacy list at DAP headquarters in Kuala Lumpur. 

Other DAP leaders, when contacted by Malaysiakini, confirmed receiving a letter from the ROS, but did not specify as to its content.

The letter, dated yesterday and supposedly by the ROS, is being circulated on the Internet. However, its authenticity has yet to be verified by DAP or ROS.

However, attempts by Malaysiakini to contact ROS director-general Abdul Rahman Othman has so far failed, while another senior officer claimed to have no knowledge of the letter. 

If true, this could tantamount to a major blow to DAP’ preparations for the coming May 5 general election, touted to be the tightest in Malaysian political history.

As of now, it is also unclear if this would affect the party's candidates' use of the DAP logo on nomination day.

DAP had come under ROS' probe for the "technical glitch" that happened during party polls in December last year, which resulted in changes to their initial CEC lineup.

The party had claimed that a technical error occured during vote tabulation, and later refused calls for fresh polls despite protests from certain party members.-malaysiakini


TSekole - If BN loses come 5-5, ROS can whack DAP and put all those seats won by DAP into question? The only option left now - DAP candidates to run election under PAS or PKR banners.

No problem for DAP to use rocket logo in May 5 polls, EC says





cheers.

1 comment:

Anonymous said...

ingat ... doa orang teraniaya dimakbul tuhan. tunggu dan lihat. dap akan menang besar.