10 February 2013

TG.Nik Aziz: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM...

 

Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke 13 ini.

Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Limau Manis di sini hari ini.


Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.

Laporan akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman PAS, turut mendakwa walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis itu belum dipastikan, namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut. 



Sumber itu turut dilaporkan berkata jika benar pendirian majlis itu menolak Anwar menyandang jawatan tertinggi negara, ini tidak mengejutkan kerana dikatakan memang itu pendirian sebahagian besar pemimpin dan anggota PAS.

Pada Khamis lalu, bekas anggota PKR dan kini Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan mendakwa bahawa rakan-rakannya dalam PAS menyatakan penolakan Majlis Syura terhadap Anwar semakin kuat.

Zahrain mendakwa ini berikutan percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis tersebut dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. — Bernama

Majlis Syura tolak Anwar?

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan. Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan. © Utusan Melayu (M) Bhd

 Nik Aziz: Nonsense that PAS rejects Anwar as PM...

NONEPAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat today denied that the party's syura council is not in favour of opposition leader Anwar Ibrahim becoming prime minister if the opposition pact were to win the upcoming 13th general election (GE).

Nik Aziz (right), who is also the chairman of the top decision making body in PAS and Kelantan menteri besar, said claims as such were made in trying to cause a rift among the pact's partners.

"This is nonsense. I am the chairman of the syura council. Nothing was discussed to this effect," he told reporters in Kota Baharu today.

He was commenting on a news report in Mingguan Malaysia today which had quoted sources as saying the council had rejected the choice of Anwar as prime minister if the opposition were to win the GE.


 Noh Omar: Possible DAP may reject Anwar

 Meanwhile Selangor BN deputy chairman Noh Omar said he does not dismiss the possibility that DAP will side with PAS' Syura Council, which is reported to have rejected Anwar Ibrahim for the prime minister's post should the opposition coalition win the upcoming general election.

Noh, who is also agriculture and agro-based Industry minister, said it was public knowledge that in 1996, DAP chairman Karpal Singh said in Parliament that he had evidence of Anwar's involvement in a sodomy case and that the party may reveal it should Anwar become prime minister.

NONE"It is not impossible that DAP will come forward with the evidence if Anwar becomes prime minister," he told reporters after attending a 1Malaysia Licence Aid (BL1M) briefing at the Padang Astaka, in Tanjong Karang today.

Noh (right) was asked to comment on a front-page report in Mingguan Malaysia today which reported that PAS' syura council (highest decision making body in PAS) had rejected Anwar for the post should the opposition win the GE.

However, the report said that although the council's stand on the matter could not be verified, it was allegedly made during a closed-door discussion involving several council members recently.- Bernama



 cheers.

No comments: