17 February 2013

Anwar di majlis CNY Dong Zong dan kerajaan Selangor...


Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.


Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.

Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.-malaysiakini


Anwar and Najib at Dong Zong's CNY open house...

As Prime Minister Najib Abdul Razak and Opposition Leader Anwar Ibrahim put on their gentleman's hat at Dong Zong's Chinese New Year open house today, their supporters were keen to show who is more popular.

Najib, who was welcomed with a lion dance performance, received a warm reception from the crowd of some 5,000 people present.


He was then ushered to do Chinese calligraphy and lou shang, together with the Dong Zong leaders.

The calligraphic words carried the meaning of celebrating the new year together and sat with the crowd for a series of cultural performances, including Chinese music and traditional dances. 

Najib's visit was a first in more than 50 years for a prime minister to an open house by Dong Zong, also known as the United Chinese School Committees Association.

During his brief 45-minute visit, Najib also spent time greeting the the people present. 

The two political titans did not meet at the event as Najib had arrived 15 minutes earlier than the 10am time his office had stated, while Anwar arrived 20 minutes later than his scheduled time of 11am.

Not to be outdone, Anwar's supporters cheered loudly and chanted 'reformasi' as he made his entrance about an hour after Najib departed.


dong zong cny open door 170213 01Neither Najib nor Anwar gave any speech during the open house but the address of Yap, the Dong Zong chief, was was made when Anwar was present.

"In this new year, everything will change… I hope everyone can support Dong Zong so we that can achieve our objectives," Yap said.

However, he courted some boos from Pakatan supporters when he expressed appreciation for Najib's attendance at the event.

Speaking to the media later, Anwar said he was disappointed that he had not been able to meet Najib at the open house.

Also with Anwar was PKR president and his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail, DAP adviser Lim Kit Siang and PAS vice-president Mahfuz Omar.-malaysiakini



Anwar di rumah terbuka CNY kerajaan Selangor...

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bermakna apabila beliau sendiri tidak serius menegur kumpulan Ketuanan Melayu yang membakar semangat perkauman.

Najib tidak langsung berdepan dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang baru-baru ini mahu membakar Kitab Injil Bahasa Malaysia.

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Najib tidak berani menegur Perkasa yang merupakan pertubuhan pro-Umno.

Beliau berkata demikian di dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Selangor yang berlangsung tengahari tadi, di
perkarangan tempat letak kereta Kompleks Beli Belah One Utama.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno itu turut dilihat sengaja menanamkan kebencian orang Melayu terhadap bangsa lain yang dianggap sebagai pendatang di negara ini.

“Di Perhimpunan Umno Najib, Tan Sri Muhyiddin dan paling kuat sekali Datuk  Sharizat menangis teresak-esak bila menyanyikan lagi ‘Anak Kecil Main Api’.

“Tahukan apa maknanya (lirik) ‘nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda’ dan diakhiri pula dengan ‘air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang’.

“Siapakah ‘orang’ yang merampas tanah ini yang dimaksudkan itu?” ujar Anwar di majlis yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta One Utama di sini.



Umno-BN cuba mengekalkan kuasa di Putrajaya dengan menggunakan agenda kononya mempertahankan hak Melayu padahal ia digunakan memperkayakan keluarga dan kroni masing-masing.

Beliau turut menyelar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan tindakan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

“Tiada pemimpin lain di dunia selepas Hitler yang mempersoalkan isu kerakyatan seperti itu,” kata Anwar.-selangorku








No comments: