08 February 2013

‘Kalau Mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara’...

 Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke Youtube sejak semalam dengan tajuk "Umno dalang Felda Sungai Tengi".


 Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi,berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.   

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".


Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.

 

Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.


Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.


"Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram.


"Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.-harakahdaily


Saksikan videonya di sini.


 


 Pengurus Felda biadab mahu rampas pembesar suara...


Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

“Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan,
Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan.-harakahdaily
It’s over for MCA...

If the voting trends go along the same lines as it did in 2008, it is then the end for both Umno and MCA.

If only 30% of the Malay electorate in each of the parliamentary seat where MCA is the incumbent vote for PKR, then MCA is wiped out.

But Umno wants to save its Islam-bashing partner at all costs even if it means speaking like an infidel.

MCA, on its part, must do everything to keep the Chinese intact but it’s facing an uphill battle.

MCA has lost its credibility and relevance. It goes to town, saying if Pakatan Rakyat wins, then PAS will “Talibanise” everything.

It claims if Pakatan wins you can’t play mahjong, eat pork, bah kut teh, wash hair, yam seng and all that.
But we all know that MCA must say that PAS will restrict everything.

Umno and MCA are playing two sides of the same coin, but the subterfuge is not fooling everyone.
So, how do we kill off MCA for good? There is a simple formula.

If only 30% of the Malays vote for Pakatan and 80% of non-Malays vote the same way, MCA is finished. This is all we need.

MCA can lose all its 15 parliamentary seats in the next general election.

50% Malays with Pakatan
 
MCA has 15 parliamentary seats, most of them in Johor. Out of the seven seats in Johor, only two have Malay majority.

The fact is MCA is safe only in two parliamentary seats – Air Hitam and Alor Gajah. The rest are shaky if not gone already.

The prospects of eliminating MCA as such is good. Some 80% to 85% of non-Malays are supporting Pakatan and 50% of the Malays will vote for Pakatan.

We have many instances where voters in areas with Malay majority gave substantial support to Pakatan.
 
In Jerantut, Pahang, for instance, the almost 90% Malay community gave 46% support to Pakatan.

Therefore Umno can’t assume that just because an area has a majority Malay electorate, it has their big support.

In 2008, Umno candidates got only two 2 million votes from the 5.7 million Malay voters. That’s only 35% Malay support.

Let us now assume Pakatan has 30% Malay support and the backing of 80% of non-Malays. This will be enough to ensure MCA is finished. All we need to ensure is the 30:80 formula.

And if voting goes along the same line as it did in 2008, then Umno is doomed.- Mohd Ariff Sabri Aziz@sakmongkol ak47,FMT



cheers.

No comments: