07 February 2013

Deepak 90% yakin pegawai Najib ada semasa Altantuya dibunuh...

Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.

“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi. 


Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak. 

“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak. 

Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya. 

“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.

Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh. 

“Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka,” kata Deepak. 

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.

Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu. 

Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.


Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara.

Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT). 

Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri. 

“Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran,” tegas usahawan permaidani itu. 

Menurutnya, selepas siri pendedahan ‘top-secret’ olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara. 

Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam. 

Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam.

Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi.-keadilandaily


 Deepak - SPRM dan Polis saling membantu menghalangnya mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya...

Deepak Jaikishan telah menuduh polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghalangnya dari mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu tahun 2006.

Ahli perniagaan kontroversi itu memberitahu pemberita hari ini dia mengesyaki mereka telah menerima "arahan dari atas" untuk memaksanya daripada mendedahkan semua yang dia tahu mengenai Perdana Menteri dan keluarganya.

Beliau memberi contoh,pertemuannya dengan SPRM pada 25 Jan baru2 ini, pihak polis telah didakwa menggangunya ketika beliau merekodkan kenyataan beliau berhubung akuan berkanun P Balasubramiam kedua.

"Saya sedang menulis kenyataan saya. Saya hanya menyiapkan dua muka surat apabila polis panggil saya secara tiba2. Mereka arahkan saya untuk pergi ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta segera untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 111A, "kata Deepak.

Deepak berkata beliau telah meminta pegawai SPRM yang menyoalsiasatnya untuk menjelaskan kepada polis melalui telefon bahawa dia di tengah-tengah merakamkan kenyataannya, tetapi pegawai tersebut enggan berbuat demikian.

"Dia berkata, 'tidak, kita tidak boleh bercakap kepadanya, tetapi anda pergi, dan anda datang kembali lagi.' Jadi saya tahu SPRM dan Polis adalah semua dalam sinergi. Mereka mahu menghalang saya daripada meneruskan saya membuat kenyataan" katanya.




Deepak mendakwa bahawa apabila dia tiba di mahkamah, dia diberitahu oleh pihak polis untuk pergi ke rumah ACP di Jalan Duta,Bangsar untuk merakamkan kenyataan mengenai apa yang dia tahu tentang pembunuhan Altantuya.

Di sana, katanya, dia telah bertemu dengan ACP dan di arah untuk teruskan rakaman

kenyataannya selama empat jam sebelum dibenarkan pulang pada 11 malam.

 "Ia semua dilakukan dengan licik dan penuh tipu helah untuk menakut-nakutkan saya," dakwa Deepak.

Menurut Deepak, itu bukanlah merupakan kali pertama SPRM telah cuba untuk melemahkan usaha beliau untuk "mendedahkan kebenaran".

Beliau berkata bahawa semasa pertemuan pertama beliau dengan SPRM pada Jan 18, pegawai-pegawai SPRM telah enggan untuk meneliti semua dokumen yang dia telah bawa pada ketika itu.

Menurutnya lagi,ketika dia berada di Putrajaya untuk temujanji,beberapa orang telah pergi ke pejabatnya untuk bikin kacau.

"Saya terpaksa kembali ke pejabat, kemudian pergi ke Putrajaya dan merekodkan kenyataan saya dengan SPRM yang berlangsung selama setengah jam."
 
Deepak berkata beliau kini di bawah tekanan dan ugutan daripada semua pihak, dan telah menerima "surat cinta" dari pelbagai agensi kerajaan seperti jabatan kastam berkaitan dengan kes-kes lama dari tahun 2000.

Deepak berkata bahawa pengambilalihan Syarikat Boustead Holdings ke atas syarikatnya,

Astacanggih, adalah satu bentuk ugutan supaya dia akan menggugurkan saman terhadap Putrajaya bagi pemungkiran perjanjian atas tanah di Bukit Raja, Selangor.

Deepak menuduh Najib mengarah Boustead,satu unit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), untuk membeli kepentingan 80% dalam syarikat beliau.

"Saya berada di sana apabila pengerusi Boustead menerima panggilan telefon daripada Najib memerintahkannya untuk membeli syarikat saya.

Saya tidak mempunyai pilihan lain, melainkan untuk menjual kerana jika tidak, bank saya akan mengeluarkan notis perampasan. "- FMT
 
 

 Deepak: Police intimidating me...
  
Carpet dealer claims the police and MACC are getting orders from “higher ups” to stop him from revealing the truth behind Altantuya Shaariibuu’s murder.

 Deepak Jaikishan has accused policemen of working “in synergy” with the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) to stop him from implicating Prime Minister Najib Tun Razak in the 2006 murder of Altantuya Shaariibuu.
 
The controversial businessman told reporters today he suspected they were receiving “instructions from above” to pressure him from disclosing all he knew regarding the premier and his family.

He cited as example his latest appointment with the MACC on Jan 25, in which the police had allegedly disrupted him as he was recording his statement over P Balasubramiam’s second statutory declaration.

“I was in the middle of writing out my statement. I had only completed two pages when the police called me up. They were in my office and wanted me to go over to the Jalan Duta Court Complex immediately to give evidence under Section 111A,” recalled Deepak.

Deepak said he had asked the presiding MACC officer to explain to the policeman over the phone that he was in the middle of recording his statement, but the officer refused.

“He said ‘no, we cannot talk to him, but you go, then you come back again.’ So I know the MACC and the police are all in synergy. They want to stop me from continuing with my statement,” he said.

Deepak claimed that when he arrived in court, he was then told by the police to go to the Jalan Duta ACP’s house in Bangsar to record a statement regarding what he knew of Altantuya’s murder.

There, he said, he was met by the ACP and proceeded to record his statement for four hours before finally returning home at 11pm.

“It was all done in a cloak and dagger style to intimidate me,” claimed Deepak.

According to Deepak, that wasn’t the first time the MACC had attempted to undermine his efforts to “reveal the truth”.

He said that during his first appointment with the MACC on Jan 18, the officers had refused to look through all the documents he had brought.

He also said that while he was in Putrajaya for that appointment, several people went to his office to create a “ruckus”.

“I had to go back to the office, then went to Putrajaya and recorded my statement with MACC that lasted half an hour.”

Pressure from all sides

Deepak said he was now under duress from all quarters, and was receiving “love letters” from various government agencies such as the customs department relating to cases dated back from 2000.

“They tell me all these cases will come to me in February, by sheer coincidence,” Deepak added sarcastically. “I know the tactics they are employing.”

He said that even Boustead Holdings’ takeover of his company, Astacanggih, was a form of intimidation so that he’ll drop his lawsuit against Putrajaya for an alleged breach of agreement over land in Bukit Raja, Selangor.

Deepak accused Najib of ordering Boustead, which is a unit of Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), to purchase the 80% stake in his company.

“I was there when the chairman of Boustead received a phone call from Najib ordering him to buy my company. And I had no choice but to sell it because otherwise my bank would issue a foreclosure notice.”

But instead of frightening him into silence, Deepak said that the intimidation tactics had emboldened him.

“Their tactics are not working in their favour. In fact, now I want to take the platform of asking the Attorney General for witness protection,” said Deepak.

Deepak, once a close associate of Najib’s wife Rosmah Mansor, had previously alleged that he paid a substantial sum of money to the premier’s family to be a party in a defence project deal headed by Selangor Wanita Umno chief Raja Ropiaah Raja Abdullah.

The businessman also claimed that Rosmah had asked his help in persuading Balasubramaniam to repudiate his first statutory declaration implicating Najib in Altantuya’s murder.
 
But Najib dismissed Deepak’s allegations as untrue.-FMT


Deepak - Najib arah Boustead beli syarikatnya...

Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

NONEAhmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.

Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.


Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
    
NONEPengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.


Urusniaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.-malaysiakini


 Najib ordered Boustead to buy my firm, claims Deepak...

Carpet trader Deepak Jaikishan claimed that Prime Minister Najib Abdul Razak was directly involved in Boustead Holdings Bhd's acquisition of Astacanggih Sdn Bhd, which he owned.

At a press conference at PAS' headquarters in Kuala Lumpur today, Deepak said Najib had done so to protect his family members involved in a dodgy land deal.


NONE"The order was given by Najib directly to the Boustead chairperson.

“I know this because I was there when the instruction was given," said Deepak (centre in photo), who did not state when or where the meeting took place.

In view of this, Deepak urged Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi to withdraw his defamation suit against PKR director of strategy Rafizi Ramli over the latter's statement on the same matter.

"He (Rafizi) did not know this. If at all, any (court) action should be directed at Najib, because he gave the instructions," he said during a press conference following a meeting with PAS leaders today.


Boustead Holdings' corporate exercise

Previously, Astacanggih had been embroiled in a court battle with Awan Megah (M) Sdn Bhd over a land deal gone sour.


In Nov 28 last year, Deepak dropped a bombshell when he claimed that he had to pay a large sum of money in 2007 to a member of Najib's family to help facilitate the land deal.

At the time, Najib was defence minister and the deal involved land owned by the Defence Ministry.

Eventually, Astacanggih dropped the suit after Boustead Holdings, through its subsidiary Bakti Wira Developments Sdn Bhd, acquired 80 percent interests in the company.


NONEThe acquisition is reported to be part of Boustead Holding’s corporate exercise to acquire an 80 percent interest in the 200-acre development land in Bukit Raja at a total price of RM160 million or RM18.37 per square feet.

Boustead Holdings is owned by Defence Ministry-backed pension fund Lembaga Amanah Angkatan Tentera (LTAT).

LTAT chairperson Admiral (Retired) Mohd Anwar Mohd Nor (right) maintained, at the time, that the corporate exercise was carried out purely due to commercial reasons and because of other considerations.

This came under fire from the opposition, with Rafizi stating the deal made “no commercial sense” and accused the the government-linked company is abusing the pension funds of military personnel.


The Selangor govrnment has also said it will not approve any development on the land in contention.-malaysiakini




cheers.

No comments: