27 February 2013

Manifesto PR - Jangan dok gempaq, ajak Najib debat dengan Anwar...


Pakatan Rakyat mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan parti itu pada Isnin lalu.

Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiaya rancangan dalam ikrar pilihan raya itu.



Penjimatan berkenaan, menurut Pakatan, akan diperolehi melalui pembendungan rasuah, perbelanjaan berhemah dan peningkatan hasil kerajaan daripada pembangunan ekonomi.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN itu ialah pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, anggota jawatankuasa pusat PAS Dzulkefly Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal tersebut.- malaysiakini




Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik...

Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).

“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebaik sahaja Pakatan membentang Manifesto Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin lalu, pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menggesa Perbendaharaan Malaysia supaya adil memberikan maklumat kepada kedua-dua pihak.

“Perbendaharaan perlu beri kami semua maklumat yang diperlukan, bagi membolehkan debat dijalankan dengan adil.

“Perbendaharaan perlu bersikap tidak berpihak, seperti mana di negara demokratik lain,” katanya lagi.-keadilandaily



Pakatan dares BN to public debate on manifesto...

Pakatan Rakyat has challenged Prime Minister Najib Tun Razak to debate with Opposition Leader Anwar Ibrahim over the opposition’s manifesto.

“Stop accusing that our policy will bankrupt the nation. Debate our policy.

“In fact, any of us is more than willing to debate any Barisan Nasional leader on the manifesto. 

Let’s scrutinise the numbers,” said PAS central working committee member Dzulkefly Ahmad.

Also present were PKR vice-president Tian Chua, strategy director Rafizi Ramli and Bukit Bendera MP Liew Chin Tong.

The leaders are among the brains behind the manifesto launched on Monday.

Echoing Rafizi’s sentiments, Liew challenged BN to reveal its own manifesto, so that a comparison could be made on both documents.

“Come up with your own manifesto. From there, we can dissect both documents policy to policy, framework to framework,” he said.

The Pakatan’s manifesto drew mixed reactions from various quarters, with BN MP Abdul Rahman Dahlan describing it as reckless and irresponsible.

“It’s about spending but nothing on how to finance it,” he was reported as saying.

Rafizi said that Pakatan would finance its programmes by curbing wastages and corruption, reorganise spending priority and increase revenue through an improved economic system.

He also said the matter should not be seen in the way BN spends taxpayers’ money, which only provides piecemeal solutions rather than structural reforms to the economy.

Rafizi added that billions could be saved by curbing leakages and corruption alone.

“When it comes to reorganising our spending priority, let me give you an example.

“Which is more important? Spending RM14 million to refurbish Seri Perdana or to use the same funds to build schools? That is what we mean by prioritising our spending,” he said.

Rafizi said more savings and revenue could be earned by curbing monopolies, which would reduce prices and increase disposable income among the masses.

He also challenged BN leaders to debate the matter instead of trying to scare voters without facts and figures.

“If we can come up with almost precise numbers without help from any government agency, I’m sure BN, with the help of its consultants, the Economic Planning Unit and Pemandu, can get better figures to debate us,” he said.-FMT

najib penakut-debat



 

Ikuti dedahan PI Bala di sini



cheers.

No comments: