01 December 2011

Bila polis kata lembu feedlot tak pecah amanah...

NONETiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di ibunegara hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.

"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.

"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.

No CBT in NFC, says deputy IGP

NONEThe police have so far been unable to find any incriminating evidence of criminal breach of trust in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal.

Deputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar said preliminary findings have failed to unearth any criminality involving the company linked to the family of a minister which has obtained a RM250 million government loan.

He said statements have been taken from 74 people, including NFC executive chairperson Mohamad Salleh Ismail (left), who is husband of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil.

Also questioned by the police were the children of the couple - Izmir, 31, Izran, 27, and Izzana, 25.

Khalid revealed that Shahrizat has yet to be interviewed by the police, which will be done "if the need arises".

source:malaysiakini

comments...

Free & Fair Election
- When you ask thieves to investigate thieves, of course there is no crime. You are asking thieves to investigate their own colleagues, what a joke. UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, MACC, PRDM, NFC, GLC are all the same gang! I scratch your back, you scratch my back.

Zz2XX - How do you expect umNO's police to find that there is CBT in an umNO's case? Even umNO's number two has given his full blessings for the CBT so what do you expect umNO's police to say?

Lembu menyiasat lembu, mana nak jumpa taiknya...

cheers.

No comments: