22 February 2011

Sampel DNA Saiful diambil dulu sebelum laporan polis dibuat....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu Dr Seah Lay Hong bahawa dua sampel DNA dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari diambil terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat. Sampel tersebut bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

Percanggahan tarikh spesimen B4 dan B5 yang diterima oleh Jabatan Kimia bertarikh 26 Jun 2008 walhal tarikh pengadu diperiksa merupakan dua hari kemudian. Peguambela membuat kesimpulan sempel diambil daripada pengadu sebelum aduan polis dibuat. Peguam Sankara Nair yang menyoal balas turut menuduh Dr Seah tidak mengikut prosedur selain memilih untuk tidak mencatatkan percanggahan maklumat tersebut.

"Anda tipu. Anda ada kesempatan (untuk mencatit percanggahan tarikh) tapi tidak berbuat demikian," ujar Sankara.

Pada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya. "Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.

Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025. "Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.” Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.

Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu. "Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya. Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel. "Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.

Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti. Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.

Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian. Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini.

Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik. Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya". Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.

Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".

cheers.

No comments: