19 February 2011

Dr.Zambry yang mula tubuh portfolio Hal-Ehwal Bukan Islam...

Awasi agenda tersirat DAP tubuh portfolio hal-ehwal bukan Islam

Perubahan demi perubahan dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Selepas tidak mempedulikan rayuan peniaga-peniaga Melayu yang premis perniagaan mereka dirobohkan, kini Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam semalam.

Portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. Bermakna Guan Eng yang menjadi Exconya, manakala Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P Ramasamy dilantik timbalan pengerusi portfolio tersebut. Cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr. Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.- Utusan Meloya

Pada 2009 bila mahkamah lantik Zambry menjadi MB Perak, antara portfolio yang tubuhkan adalah portfolio HAL EHWAL BUKAN ISLAM.

Exco yang dipertanggungjawabkan ialah Dr.Mah Hang Soon,Adun Chenderiang. Di samping portfolio tersebut,
portfolio2 lain di bawah Dr.Mah Hang Soon ialah Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar,dan Pengangkutan

Ketika itu kenapa Utusan Meloya dan UMNO tak pertikaikan pembentukan portfolio Hal Ehwal Bukan Islam? Jawapannya mudah kerana yang buat itu adalah daripada spesis yang sama - UMNO. Bila Lim Guan Eng,membentuk portfolio yang sama,penyangak2 UMNO dan Utusan Meloya punya main sakan tunjuk taring mereka.

Lim Guan Eng berkata,“Menteri Besar Perak dulu yang tubuhkan portfolio bukan Islam pada 2009, kenapa tak serang, tak hentam? Kerana beliau pemimpin Umno.

“Bila beliau tubuhkan tidak jadi isu, bila kita buat jadi isu pula,” katanya.

'Zambry created non-Muslim portfolio first, says Guan Eng'

Spesis yang sama buat OK!!

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah dalam politik. Pasukan A buat pasukan B hentan dan sebaliknya. tapi dalam kes yang sama melampaulah buat mcam itu. Ini menunjukan utusan cuba memperbodohkan fikiran rakyat malaysia. Saya dah lama tak beli Utusan kerana berita dan analisanya macam orang kampong tak bole berfikir dibuatnya. Patutlah orang melayu yang baca utusan kebanyakan berfikiran rendah...