24 April 2010

P94 - Hulu Selangor: Pengundi Melayu yang sukar berubah.......


PRK Parlimen Hulu Selangor tinggal kurang daripada 48 jam saja. Medai massa milik BN/UMNO dengan yakin berkata calon BN sedang mendahului.

Penentu kemenangan calon yang bertanding dikatakan terletak di tangan pengundi Melayu. Sememangnya di Hulu Selangor pengundi Melayu adalah yang paling ramai dan sebahagian besarnya terdiri daripada peneroka2 Felda. Hampir 90% daripada mereka adalah pengundi UMNO totok. Dalam ertikata lain pengundi Melayu di Hulu Selangor tetap memberi undi dan sokongan kepada BN/UMNO.

Untuk memperolehi kemenangan, PKR perlu meraih antara 55%-60% pengundi Melayu dan ini adalah sesuatu yang agak sukar kerana sebahagian besar daripada orang Melayu masih buta hati dan enggan berubah,walaupun mereka sedar dan tahu perubahan2 yang dijanjikan oleh gomen BN/UMNO yang telah menang di Hulu Selangor lebih daripada 50 tahun lalu taklah sehebat mana pun. Masih banyak janji BN/UMNO yang belum tertunai.

Dengan itu saya merayu pengundi2 khususnya orang Melayu di Hulu Selangor keluar mengundi beramai dan pilih calon yang benar-benar boleh beri khidmat dengan jujur. Zaid Ibrahim,
calon PKR adalah orang yang paling layak. Bukalah minda saudara/ri dan pilih dengan bijak. Kalau calon BN kalah pun ia tidak akan menukarkan gomen yang sedia ada.



Orang China adalah lebih cerdik bermain politik dan orang India lebih memahami politik masa kini. Apakah saudara/ri bersetuju dengan apa yang berlaku terhadap Teoh Beng Hock dan Kugan? Lihat saja macam mana gomen UMNO/BN cuba memanipulasi dan menutup kes2 ini daripada pengetahuan rakyat.

Adun2 dalam parlimen Hulu Selangor semuanya diwakili UMNO/BN, apa salahnya kalau saudara/ri hantar wakil pembangkang sebagai MP Hulu Selangor ke Parlimen?

Marilah kita Melayu,China dan India bersatu dan memilih Zaid Ibrahim, calun PKR, dan bersama-sama tumbangkan BN/UMNO/MIC/MCA, sebuah parti yang pekat dengan rasuah,salah guna kuasa,menipu,menfitnah dan kini memerlukan bantuan orang Yahudi untuk menaikkan imej bos mereka.






cheers.

No comments: