20 April 2010

P94 - Hulu Selangor - Kaki botol dan judi adalah UMNO......

Meskipun diserang dengan pelbagai tohmahan dan dakyah daripada bloger pro-BN bagi mencemarkan imejnya, calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Ini kerana katanya, tindakan menyaman itu akan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

“Anda tidak boleh mendakwa mereka yang membuat posting di blog mereka. Apa dakwaan yang boleh dikenakan ke atas mereka.

"Jika anda mula menyaman, anda tidak akan mempunyai masa untuk membuat perkara lain dalam hidup anda,” katanya dalam nada bergurau pada sidang medianya di Kuala Kubu Baru, hari ini.

Zaid juga menafikan dakwaan dia seorang kaki judi dan menyamakan pemilikan kuda lumbanya seperti memiliki ayam sabung.

'Raja Melayu juga ada kuda'

Katanya, ramai juga Raja-raja Melayu mempunyai kuda sambil menegaskan ia sejenis sukan.

"Kaki judi sebenarnya di Umno. Mereka pergi kasino. Anda boleh semak dengan kasino di seluruh dunia, anda tidak akan jumpa nama saya tetapi nama lain. Saya tidak akan dedahkan nama mereka,” kata Zaid yang mahu wartawan beralih kepada soalan lain.

Diminta mengulas pengunduran dua calon bebas, Zaid berkata ia tidak membawa sebarang perubahaan ketara.

"Pertarungan sebenar adalah PKR dan Umno. Ia pertarungan sengit, jika dengan MIC, ia akan cukup mudah,” katanya lagi.

source:malaysiakini






cheers.

No comments: