29 April 2010

Najib - RM 3 juta SRJKC Rasa dah tunai, RM49,000 Felda bila lagi......

Timbalan Presiden Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali menempelak Umno-BN yang menjanjikan RM50,000 kepada penduduk di Felda Sungai Buaya jika mereka mengundi untuk memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.

Sambil menganggapnya sebagai suatu bentuk rasuah, beliau mempertikaikan tindakan yang telah dan akan dilakukan Umno-BN bagi mengotakan janji mereka kepada peneroka di Felda tersebut.

“Ia satu kes rasuah yang perlu ditekankan iaitu tawaran RM50,000 kepada peneroka-peneroka di Sungai Buaya, kerana tanah di kawasan tersebut telah dibeli oleh Syarikat Etika yang telah ditutup,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di lobi Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, dalam hampir 20 tahun peneroka Felda itu tidak dibayar apa-apa dan kini mereka dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 telah dibayar tunai walaupun pada ketika membeli tanah tersebut dahulu, syarikat Etika telah membayar RM1,000.

“Jadi kira-kira RM850,000 masih belum dibayar. Persoalannya sekarang ini siapakah yang akan membayar RM50,000 itu dan siapa akan tanggung RM850,000 yang belum dibayar?

“Walaupun Najib berjanji akan bayar, daripada mana punca wang diperolehi sama ada wang parti atau kerajaan atau pihak yang lain,” tegasnya.

Ujarnya, apa yang nyata ia adalah tawaran tersebut adalah berupa korupsi kerana ada yang ditawarkan dengan wang RM250, RM500 dan RM1,000 kepada keluarga Melayu dan India dan kesemuanya itu menjadi bukti.

Pada 23 April lalu, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM50,000 kepada 100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1,000 pada peringkat awal yang merupakan hasil penantian 15 tahun.

Sementara itu, Senator Ir Zamri Yusuf berkata bagi kawasan yang mengalami penurunan iaitu di Felda Sungai Buaya yang melibatkan pemberian rasuah (janji RM50,000) dan ugutan kerana yang dibayar itu hanya RM1,000 setelah syarikat yang sepatutnya membayar RM49,000 itu muflis, hanya akan dapat jika memberi kemenangan kepada BN.

“Bila kita pertikaikan hal ini Najib mengalih isu kepada pelan transformasi sedangkan ianya perkara yang berasingan kerana isu ini adalah membabitkan ugutan dan paksaan,” katanya.

Trend itu jelas dapat disaksikan Zamri sendiri semasa dua hari terakhir kempen apabila terdapat seorang penduduk di kampung terbabit keluar dengan membawa sebilah parang yang diletak di dalam raga motosikalnya bagi menghalang penyokong Pakatan Rakyat melaksanakan tugasan kempen kerana bimbang akan kehilangan RM49,000 yang dijanjikan Umno-BN.

“Ini merupakan salah satu kesalahan besar pada pilihan raya kali ini,” ujarnya.

source:harakahdaily

Pendek kata masalah tanah orang2 Melayu Felda di Sungai Buaya dengan gomen UMNO/BN ini bolehlah aku ringkaskan begini...

"Haruskah aku(Melayu Felda) berterima kasih kepada anda(UMNO),sekiranya anda telah mengambil serta menggunakan kereta Lambogini Diablo aku 15 tahun yang lalu dan sekarang membayar aku sebanyak 500 rupiah untuknya?"

Lu pikiaqlah sendiri.........

cheers.

No comments: