29 April 2010

Kes bunuh pelajar 15 tahun dibawa ke Dewan Negara........


Satu usul telah difailkan di Dewan Negara untuk membahaskan tindakan polis menembak mati seorang pelajar berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzad.Usul tersebut difailkan oleh Senator Dr S Ramakrishnan semalam.

“Ini adalah perkara serius membabitkan kepentingan awam,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Aminulrasyid ditembak mati pada jam 2 pagi Isnin lalu di Seksyen 11 Shah Alam, selepas didakwa melanggar beberapa lampu isyarat.

Polis mendakwa mereka melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu apabila ia cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

"Saya berharap usul itu dapat didebatkan pada Isnin kerana perkara itu memerlukan perhatian segera," kata Ramakrishnan.

Senator DAP itu juga menuntut agar diwajibkan penubuhan inkues bebas setiap kali polis menembak orang awam.

Katanya rakyat berhak mendapat perlindungan dan perkhidmatan yang lebih baik daripada pasukan polis.

"Kesilapan menembak akan mengakibatkan kematian. Tidak boleh patah balik. Justeru, keputusan untuk menembak tidak patut diambil kecuali polis yakin bahawa mereka menembak penjenayah," katanya sambil menekankan kepentingan inkues bagi menyiasat kejadian seumpama itu.

source:malaysiakini

Kita tengok sama ada speaker Dewan Negara, lantikkan BN ada teloq untuk menerima usul tersebut.

Sementara itu majlis peguam minta gomen tubuh inkues....baca di sini.

cheers.

No comments: