01 April 2010

DEB,NEP & NEM - 2x5,5x2, UMNO juga yang kenyang......

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

"Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan.

"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar.

"Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.

Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen.

"Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

"Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.

(Pakatan Rakyat today poured scorn on the government's New Economic Model (NEM), claiming that it was copied from the opposition coalition's Malaysian Economic Agenda (MEA). Opposition Leader Anwar Ibrahim said Pakatan has identified several key features in the NEM which have stark similarities to the MEA.

"The pillars of NEM sound very familiar to those who are accustomed to MEA,” he told a press conference in the Parliament's lobby.
"The prime minister stressed on the need to attain high economy, achieve sustainability and promote inclusiveness in driving the economy, especially in moving towards needs-based affirmative action," said Anwar.

He said that the similar ideas were stated in the Pakatan's manifesto for the 2008 general elections. The opposition's coalition also accused that Prime Minister Najib Razak, who ignored Parliament and announced the NEM instead at the Invest Malaysia conference yesterday, of belittling the status of the august House. Anwar lamented that there was no real commitment to structural reforms.

"The issue is that this is not merely a public relations exercise. Is there a commitment to reform? Free media? RTM, TV3, and Utusan (Malaysia) is controlled fully by the government, which mean that you are not able to receive criticisms or views," he said.

"(What about) the issues of judicial independence, transparency and procurement policies? You say that you want to privatise, but to whom? First to EPF (Employees Providence Fund) and then transfer it to your crony companies?" asked Anwar.

He also expressed concern that the EPF, which has RM360 billion in assets, would be abused by the government following Najib announced that the pension fund will be allowed to invest overseas
as well as to sell some of its shares to boost liquidity in the stock market.

"EPF has been actively used and there is danger that it is being utilised as a temporary body before the assets are transferred to company associated with (BN) leaders and their cronies.)


source:malaysiakini

As for me listening to Najib's speech may make me want to throw up. It is all 'sandiwara' only want to show off but devoid of content and substance.

Tak payah susah,hanya buang masa.TV1,2,3,7,8 & 9 ni dah lama aku tak tonton. Apatah lagi dengan surat khabar lama, tak baca 5 tahun dah. Kalau ada depa di rumah beli aku guna untuk lap kasut saja.

Jangan dok bimbanglah lepaih setahun tanya orang pasal MEM tu jika ada apa-apa perubahan. Mungkin perubahan hanya pada pemimpin-pemimpin UMNO yang mana akaun bank mereka berlipat ganda.

Itulah nasib kita rakyat jelata, bermula dengan DEB,NEP dan sekarang MEM,rakyat terbeliak mata,UMNO juga senyum kekenyangan.......

cheers.

No comments: