04 October 2012

Himpunan mega 3 Nov tuntut pilihanraya bersih, adil...

Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan. 

Dengan tema ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’, Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 28 April lalu.

“Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat,” katanya dipetik Harakah Daily.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus.

“Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

“Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali,” kata Mat Sabu lagi.

Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.- keadilandaily



Warga Asing Dapat MyKad Dalam Masa Tiga Bulan...

Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan bagaimana warga asing boleh mendapat MyKad dalam masa tiga bulan sedangkan beribu rakyat Malaysia dari komuniti India terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapat kerakyatan.

Gerakan Jingga 13 hari ini mendedahkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran mendakwa menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau, Sabah diberikan Mykad hanya dalam tempoh tiga bulan.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan, perkara ini perlu diselesaikan kerana melibatkan kedaulatan negara.

“Kita menuntut penjelasan Datuk Hishamuddin (Hussein) bagaimana warga asing boleh mendapatkan kad pengenalan dengan cukup mudah dalam tempoh tiga bulan.

Sedangkan masih ada puluhan ribu rakyat memiliki kad pengenalan merah yang dinafikan hak mereka sebagai warganegara,” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.

Kenyataan Justin dipetik daripada laman sesawang akhbar berpengaruh di Sabah, Daily Express yang menyatakan anggarkan sejumlah 10,000 warga asing di kawasan terbabit memiliki Mykad.

Semalam, MP Kuantan, Fuziah Salleh mendedahkan dua orang warga warga Filipina, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Sabah atas kesalahan menggunakan MyKad palsu.

Mengikut daftar pemilih SPR, mereka berdua di daftar sebagai pengundi yang sah di Sabah dan Johor.- selangorku



Pakatan to hold demo on poll reforms...

Pakatan Rakyat today announced its plan to hold a mass gathering on Nov 3 following the government’s failure to meet demands for poll reforms, mainly the calls to clean up the electoral roll and media fairness.

PAS deputy president Mohamad Sabu told reporters in Parliament building here that Pakatan is expecting a crowd as big as 500,000 while the venue chosen for the event is the Bukit Jalil National Stadium.

“The government has yet to meet the eight core demands made by (poll reform group) Bersih, especially on the need to clean up the electoral roll and media fairness.

“Because Prime Minister Najib Tun Razak had suggested that if we want to hold any gatherings we should do it at Bukit Jalil, so we have decided to choose that place to hold our gathering,” he said.

Bersih and opposition leaders have repeatedly accused the Election Commission (EC) of deliberate inaction over allegations of discrepancies in the voters’ roll, calling it a conspiracy to help the present government restore its two-thirds mandate in the upcoming polls.

EC officials denied the allegations, saying its move to adopt the recommendations made by the parliamentary select committee (PSC) on polls reforms proved it was sincere in ensuring a clean and fair election.

The PSC was set up by Najib after several protests held by Bersih and backed by the opposition threatened to shake his government, but he maintained that elections in Malaysia had always been fair.

A national threat


Pakatan states like Selangor claimed 500,000 foreigners had been placed in the state and registered as voters and the EC has so far failed to respond to the allegation, prompting the state government to delay holding polls should the general election be held this year.

Just recently a Sabah daily published a report on the admission by a foreigner that he had purchased a Malaysian identity card for only RM1,000 and he was also a registered voter.

Opposition election monitoring group Jingga 13 said today this strengthens allegations of bias against the EC and there is a continuous joint effort between the EC and the BN to ensure the ruling coalition retain power.

“This is a very serious case. It is a national threat and swift action must be taken,” Fariz Musa, the group’s chief coordinator, told the same press conference.

PKR vice-president Tian Chua said the rally was not only to voice opposition demands but the “aspirations” of all Malaysians who want clean and fair elections.

The gathering will be themed “People’s Uprising” and Pakatan said it will adopt yellow as the event’s main colour. Yellow was also the official colour of the Bersih movement.- FMT



Pemilih antik(lihat tarikh lahir) dalam Daftar Pemilih di Negeri Perak yang telah diwartakan



cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Do you have a spam issue on this blog; I also am a blogger, and I was
wondering your situation; many of us have developed some nice
methods and we are looking to exchange solutions with other folks, please shoot me an e-mail if interested.


Here is my website - 3d drawing