22 October 2012

Pasai Najib dan gerombolannya gelojoh ramai rakyat masih miskin...

Kerakusan pemimpin Umno menyebabkan rakyat Sabah paling miskin walaupun negeri itu mempunyai kemewahan hasil bumi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbeza di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan), Ketua Pembangkang itu mengambil contoh kejayaan kerajaan Selangor meningkatkan hasil kewangan negeri dalam tempoh empat tahun mentadbir.

“Selangor lebihan wang kita RM2 bilion, Pulau Pinang pula lebihan wang RM2 bilion, tapi dikatakan kerajaan negeri Pakatan tidak tahu mentadbir.

 “Najib (Razak) yang memerintah baru tiga tahun, hutang negara sudah cecah lebih RM500 bilion, tapi negara kata Najib Menteri Kewangan pandai…pandai berhutang!,” katanya disambut sorakan 200 hadirin ketika berucap pada program sarapan pagi bersama pimpinan di padang Desa Ayer Hitam, Puchong semalam sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Selangor.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, siri jelajahnya ke Sabah memberi impak besar kepada rakyat di sana yang mahu negeri itu turut mengalami perubahan seperti Selangor.

“Modal besar di Sabah adalah Selangor dan negeri-negeri Pakatan. Bukan senang nak jelaskan kepada mereka, tapi sejak beberapa kali saya ke Sabah, rakyatnya sudah berubah.

“Dengan penerangan itulah, Sabah juga mahu berubah seperti Selangor. Kita tidak serang Najib atau sanggul Rosmah (Mansor), tapi kita beritahu cara pentadbiran Pakatan,” katanya.

Penasihat Ekonomi Selangor itu menyeru rakyat khususnya di Selangor mengekalkan pentadbiran Pakatan.

“Selangor bukan tanggungjawab Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) atau Ahli Parlimen, ia milik rakyat, jadi rakyat Selangor bertanggungjawab untuk pilih pimpinan.

“Dalam Umno, susah kita nak cari pemimpin yang pegang amanah. Sebab itu dalam politik kalau kita bohong dan tidak buat, kita kena tahu hukumnya,” kata Anwar.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail; Adun Taman Medan, Haniza Talha; Adun Pandamaran, Ronnie Liew; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.- keadilandaily

 
Setengah bilion bina rumah kos rendah, S’ngor, P Pinang catat sejarah...

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

“Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan berikan fakta, rumah kos rendah ini 
tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah bilion untuk bina rumah kos rendah.

“Masa saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. 

Kerajaan negeri hanya beri tanah dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan,” katanya di depan 8,000 hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu.

Menyentuh kejayaan Selangor, Anwar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar paling berjaya.

“Sebagai Menteri Besar, Selangor adalah yang paling berjaya dalam sejarah, tengok bagaimana beliau (Khalid) boleh kutip hutang daripada syarikat Talam. Tapi isu ini tidak pernah disiarkan. Lebihan wang negeri melebihi RM2 bilion, ini baru empat tahun memerintah.

“Apa beza (pentadbiran) Pakatan, kita tunjukkan pelaksanaan, contohnya apa yang kita buat selepas pilihan raya, beri air percuma kepada rakyat,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Prestasi kewangan Selangor mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

“Saya tak jamin pemimpin Umno tidak ambil tanah negeri, bawa syarikat negeri dan komisen berbilion ringgit.

“Sebab itu paling penting integriti moral yang perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara kerana (apabila) orang masuk politik itu untuk cari kekayaan. 

Menteri mana tidak ambil saham Bumiputera, lembu pun diambilnya,” kata Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Anwar turut mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sanggup mempertahan ‘penyangak’ negara daripada membela rakyat.

“Najib kenapa kamu pertahankan orang yang rompak negara, rasuah? Mengapa kamu tiada keberanian untuk lawan perkara ini?

“Nak jadi pemimpin kerana berani, tengok Syed Mokhtar (Al-Bukhari), nak apa pun boleh, KTM (Keretapi Tanah Melayu) dapat, beras dapat, gula dapat, Tanjung Pelepas pun terlepas,” sinisnya.- keadilandaily            

 

 Sesuatu yang berlaku di Johor...

 Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

“Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

“Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,” katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa  agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

“Pemberian  mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

“Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila,” katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. - keadilandaily


 UMNO main isu perkauman untuk rompak hasil negara...

Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.

“Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,”

“Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina,” katanya ketika berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.

Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.

“Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.

“Tapi saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekejaman mereka.

“Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat,” sambil disambut tepukan hadirin.

“Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga bersiap sedia menggulingkan Umno BN.

“Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi,” sinisnya.

Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chi Tong.- keadilandaily

  


 Ingat bapak dia punya jet...

Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.


 

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.-malaysiakini



 Something is happening in Johor...

A crowd of 8000 people attended the largest Pakatan dinner in Johor on Friday, 14 September, sending shivers down the ranks of the BN.

The 800-table dinner was held at Sutera Mall near the upmarket Taman Sutera Utama residential area in Skudai, though many of those who turned up seemed to be from outside the neighbourhood.

A thunderous roar from the multi-ethnic crowd greeted Anwar when he arrived with his entourage.


Two observers, a veteran journalist and a former journalist, were struck my the range of people present at the dinner, with all ethnic groups significantly represented. “They were completely unfazed by the heavy presence of police. And they hung on to Anwar’s every word until midnight,” said the veteran journalist.

Entire families were there from grandmothers to children. When Anwar spoke, some of those at the back surged forward giving the impression that some of the tables at the back were half empty.

One of the main organisers was Chua Jui Meng, and the observers were impressed with his ability to draw in the people.

Mat Sabu was a big hit as was Sallahudin. Anwar himself spoke about high-level corruption and the privatization that has benefited cronies.

How does this large turnout translate to seats?

Of the 222 seats in the federal parliament, 26 are from Johor. At present, the BN holds 25 seats and Pakatan (DAP) has one. The BN’s seats are held by Umno (16), MCA (7), MIC (1) and Gerakan (1).

The two observers I spoke to felt that this time around, Pakatan could bag nine seats at least – something the BN is worried about.

If you are from Johor, share with us your own impressions of the mood on the ground.- anil netto


 Five companies willing to loan Pakatan jets...

Opposition leader Anwar Ibrahim maintains that there is nothing wrong with him or other Pakatan Rakyat leaders travelling by jet.

Speaking to roughly 200 residents of Desa Ayer Hitam Puchong today, the PKR de facto leader joked that five jet companies were at present prepared to lend him their jets.

“When we take a bus, we get splashed with paint. When we take a car, we get hit with stones.

“So we take a jet. So that they cannot throw stones at us, it may hit them back in the face,” he said.

“There are indeed companies that will loan us jets. In the past they wouldn’t, but now they would because they know we will win (the election).”

He was referring to Umno-owned Malay daily Utusan Malaysia attempting to make an issue of his jet trip to Labuan last month.- malaysiakini



Words + images - a potent, new Anwar mix these days...

If it's true that an image is worth a thousand words, then Anwar Ibrahim's tethering of appropriate images to arresting words on the campaign trail these days must rank as a mix more potent than were the searing ‘black eye' still from the 10th and the sensational Lingam tape of the 12th general elections, by themselves images of seismic force in those particular campaigns.

In an image-saturated age, it must come as no surprise that the Bee Gees' haunting rendition of 1968 that "It's only words and words are all I have to take your heart away" is not going to be enough to take the Piped Piper of political reform in Malaysia across the finishing line of the 13th general election in pole position.

It has to be electioneering of not just verbal eloquence - of which he is the savviest exponent among his peers - but also of vivid imagery, guaranteed by a career singular in the way it had drawn the melodramatic ire of adversaries to drive the Pakatan Rakyat supremo to the top of the greasy pole.

The potency of this new mix in the arsenal of the opposition leader can be gauged from the reaction of a large crowd at the Sutera Mall in Skudai, Johor Baru, on Saturday night, where it was displayed to good effect.

Anwar was trying to get the message across that the coalition he leads had not just the content but also the capability to save the country from the mess that Umno-BN has inflicted on it.


NONE"They lob anything they can grab at us but when you challenge them to explain themselves and to debate the point they are trying to make, they back off," said the PKR adviser.

"Just watch this from a recent session in Parliament," said Anwar, as campaign aides projected on to huge video screens set up to the left and right of the stage from which he was speaking. This was footage from a speech he had made in the chamber recently, during which he was interrupted by jeers of "3 billion, 3 billion" from BN backbenchers.

The footage showed Anwar reacting to the raillery by informing the Parliament speaker he would sit down to give way to his barrackers to hold forth on the subject of their derision.

Ostensibly, the "3 billion" was a reference to an accusation hurled at Anwar during the height of the financial crisis in 1998-99 that followed his sacking from party and government.

He had been accused by a top Bank Negara officer of having, as finance minister, salted away RM3 billion in bank accounts locally and abroad. Anwar denied the accusation and, at one subsequent time, the same officer was on record as having renounced the accusation.

The matter was recently resuscitated by the Umno-owned press and the party's backbenchers who raised the derisive chant in Parliament when Anwar rose to speak on the Budget.

Winds of change being felt


In mid-speech, Anwar stopped and said he would sit to make way for any among the jeering throng to substantiate their allegations.

There were no takers. The jeering abruptly waned and the speaker importuned Anwar to resume his speech.

Anwar's point about the inanity of BN parliamentarians and the bankruptcy of the government they prop up could not have had a more graphic demonstration.

Telling the crowd at Skudai that the winds of change that had swept large swaths of the country, except Borneo and Johor, at the last general election in 2008 were now being felt in Sabah, he cued his aides to project images of the crowds he drew on a trip to Sabah a week ago.

NONEThe screens lit up with panoramic views of the crowds at three stops that saw overflowing crowds turning up to listen to him.

There was a palpable intake of breath as the gathering at Skudai imbibed what the pictorial evidence of crowd response to Anwar's recent tour of Sabah imported.

When he then drove home the point that Umno-BN's "fixed deposit" of support it had often garnered from Sabah, Sarawak and Johor was in for severe buffeting at the upcoming polls, the crowd visibly thrilled to his hypothesis.

"We expect to win a third of the parliamentary seats in Johor," said Anwar, to shouts from the crowd that suggested his projections were not unrealistic.

Johor, a hitherto invulnerable Umno-BN bastion, has 26 federal seats, of which only one was won by the opposition at the last general election (Bakri, by DAP).

Since then a swarm of resentments, ranging from the corporatisation of Felda and issues arising from the appropriation of land, fishing and burial grounds for the huge Petronas oil and gas project being planned for Pengerang in Johor, has roiled the feelings of Johoreans.

Popular discontent that has swirled over these controversies is thought to have eroded support for BN in its frontline state.

Large attendances at Pakatan-organised gatherings in Johor in past months are regarded as confirmation that attrition in support for BN has indeed occurred.

This has prompted Pakatan's drum major to mix oratory with imagery to put the skids under Umno-BN ahead of the 13th general election.- Terence Netto,Malaysiakini.






 cheers

No comments: