10 October 2012

Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana lawatan Bik Mama...



Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.

Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.

Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.

Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.

Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.

Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.-harakahdaily



'Sorry we are closed, Rosmah's in town'...

The Malaysian embassy in Qatar has been closed to the public for three days to facilitate a visit by Rosmah Mansor, wife of prime minister Najib Razak.

The Malaysian embassy in Doha, Qatar.

A notice informing about the closure had been sent to the Malaysian Association of Qatar, the organisation representing Malaysian expatriates in the Gulf nation, who number close to 5,000.

A source in Doha told Harakahdaily that the move was unprecedented, being the first time that the embassy is shut to welcome a state guest.

"We can understand if the office is closed in conjunction with the Agong's or PM's visit. But to close because the prime minister's wife is coming, it's troublesome," said a Malaysian citizen in Doha, lamenting the difficulties faced by those who had to deal with the embassy.
 

It is understood that even visits in the past by the Agong and the prime minister had not resulted in closure of any Malaysian embassy.

Rosmah arrived Sunday to deliver a keynote address at the Qatari Businesswomen Association's programme at the Inside Investor Forum Asia 2012.

During her stay, she also met Sheikha Noor, wife of the Qatari prime minister, accompanied by Malaysian officials.-harakahdaily


 

cheers.

No comments: