27 February 2012

CCID says OK, but, whether AG got the balls to charge NFC directors...

NONEThe director of Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department Syed Ismail Syed Azizan(left) is a brave man. Why?
 
Because he has said clearly and categorically that there is enough evidence to charge the directors of the National Feedlot Corporation (NFC) with criminal breach of trust.


I like a brave Malaysian, especially if he or she is a civil servant. I believe that it’s only when civil servants show courage and integrity that the rakyat can hope to get justice and fair play in their dealings with the government.


Syed Ismail knows that the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission - or any enforcement agency in the country for that matter - do not have the power to lay charges regardless of the evidence. That is the prerogative of the attorney-general. 

Despite this, Syed Ismail has been willing to tell the people there is in fact enough evidence to charge someone. This is an act of courage. It is not the action of someone with an ulterior motive, as has been suggested by the family involved in the NFC.

In my years at the Bar and in government, I often heard that “such-and-such a case was presented to the Attorney-General’s Office but no action was taken”.
No one knows the actual reason for this inaction - we are told only that under the constitution, the attorney-general has absolute discretion whether or not to charge someone.

So it is possible that, in many cases, enforcement agencies such as the police have recommended prosecution but the attorney-general has refused to pursue the case.


Crown prosecution services


Our practice is entirely different from that of other Commonwealth countries, where there are crown prosecution services consisting of lawyers who act independently of the attorney-general.
Their independence is based on the trust given to them that they will work in the public’s interest.

They work in close collaboration with the police, so when the police in the United Kingdom (for example) say that they have evidence, it would be unthinkable for anyone else, even the prime minister, to suggest that the attorney-general might decide differently.


NONEOn the other hand, our Prime Minister Najib Abdul Razak has made remarks that cast doubt on whether the family of Shahrizat Abdul Jalil (the  Women, Family, and Community Development Minister) will ever be prosecuted. 

Najib has talked about the “absolute power” of the attorney-general, and not the police, to determine if the government will prefer a charge against Shahrizat’s family.

The past has shown that when political leaders speak like that, we know that no charge is forthcoming. It would indeed be disappointing if our “reformist” prime minister should prefer to pre-empt the attorney-general’s decision.


Najib should instead give full support and praise to the police for an investigation into a case involving at least one powerful politician. But somehow, Najib always seems to get the wrong end of the stick.


So to Syed Ismail, I don’t think you will ever become the inspector-general of police, but it may be a small comfort to know that your decision to make your investigation public sets a good precedent.


After this, we hope to hear more from the heads of investigating teams. We hope to see them declare their findings publicly. We can then see how far the prime minister will go to defend his attorney-general’s discretion.


Syed Ismail, I will shake your hand anywhere I see you. And there are thousands like me who will do the same.- Zaid Ibrahim, malaysiakini


All eyes on Gani Patail: Will he order the arrest of Shahrizat's husband?



Salahuddin mahu A-G laksanakan tanggungjawab dakwa pengarah NFCorp


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa Peguam Negara mengambil tindakan sewajarnya berhubung cadangan pihak polis supaya mendakwa pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) atas dakwaan pecah amanah dan bertindak atas fakta kes yang dikemukakan polis. 

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menjelaskan, pihak polis sudah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan apabila mencadangkan perkara itu kepada peguam negara dan beliau seharusnya bertindak kerana bukti-bukti yang dikemukakan sudah jelas.

“Peguam Negara tidak mempunyai pilihan selain mendakwa mereka kerana ia adalah atas saranan pihak polis.

“Polis sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sangat berkesan, dan peguam negara harus bertindak atas fakta-fakta kes,” katanya di ibu pejabat PAS di sini.

Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah mengesahkan perkara itu


“Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
NFCorp bagaimanapun semalam melahirkan rasa terkejut dan keliru dengan kenyataan Syed Ismail itu.

Mereka menyifatkan kenyataan itu “terlalu awal”, dan mempersoalkan motif di sebaliknya kenyataan itu dengan mendakwa Syed Ismail bertindak di luar bidang kuasanya.

“NFCorp terkejut dan keliru dengan kenyataan yang terlalu awal oleh Syed Ismail walaupun beliau mengaku siasatan masih berjalan dan masih belum lengkap.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata tindakan mendakwa NFCorp terpulang kepada peguam negara, dan menegaskan tidak semua penyiasatan akan berakhir dengan pendakwaan.

Salahuddin (gambar) berkata, peguam negara mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sekiranya kes itu mempunyai bukti yang kukuh untuk di bawa ke mahkmah.
NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Sejak pendedahan tersebut dibuat, Shahrizat telah berhadapan dengan tuntutan meletak jawatan termasuk daripada barisan kepimpinan Umno sendiri. Namun beliau enggan melakukan tindakan sedemikian sebaliknya tetap bertegas projek itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketua Wanita Umno itu turut membuat permohonan cuti selama tiga minggu daripada perdana menteri apabila tuduhan rasuah dibongkar. Beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai menteri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Putrajaya akan melantik juru audit bebas bagi menyemak dokumen kewangan NFCorp, namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC. -malaysian insider

Dakwaan CBT: NFC tidak perlu melatah, kata polis

Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak perlu melatah dengan cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah kerana ia hanyalah satu cadangan siasatan daripada polis untuk Jabatan Peguam Negara.

NONEPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan itu hanyalah cadangan untuk rujukan Peguam Negara bagi membuat sebarang keputusan terhadap dakwaan pecah amanah itu, sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

"Kalau mereka (NFC) tak puas hati, itu terpulang kepada dia. Kita tetap jalankan tugas kita, kalau tidak, buat apa kita siasat?" katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

 
NFC menerusi satu kenyataan semalam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Ismail sebelum ini supaya pengerusi syarikat itu, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

NFC mempersoalkan motif di sebalik kenyataan itu.

 

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain terdapat dakwaan wujud penyelewengan peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Syed Azizan berkata, memang menjadi tugas polis untuk menyatakan beberapa cadangan dalam setiap kertas siasatan yang akan dihantar ke Peguam Negara.

"Apa-apa pun terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat sebarang keputusan terbaik," katanya.-malaysiakini

cheers.

No comments: