07 February 2012

Negara kebajikan tak undang kegawatan tapi rasuah dan kronisma jadikan Malaysia bankrap...

klang hokkien association najib cny 060212Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.
 

Najib berkata, dasar BN menyediakan jaringan keselamatan sosial, yang berbeza daripada dasar negara kebajikan yang diamalkan di beberapa negara Eropah.


"Kerajaan mengamalkan dasar sediakan jaringan keselamatan sosial dalam negara.

"Negara kita bukan merupakan negara kebajikan  kerana semua negara yang mengamalkan negara kebajikan akhirnya menghadapi masalah ekonomi amat serius," katanya.- malaysiakini


(Prime Minister Najib Abdul Razak today derided PAS’ welfare state concept, claiming that countries which have tried this model have ended up with economic turmoil. 

"Government practises the policy of providing social safety net in the country although we are not welfare state because all nations that practise welfare state (concept) eventually face very serious economic problems," he said. - malaysiakini)

Sementara itu,  Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan hari ini amalan korupsi dan kapitalis kroni oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menjadikan negara ini muflis dan bukannya konsep negara kebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata tiada sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin menentang negara berkebajikan yang akan membantu semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin, melainkan beliau merasa bimbang untuk segelintir kroni kapitalis yang akan rugi.

“Negara kebajikan yang memastikan bahawa yang miskin dan lemah tidak dipinggirkan tidak akan menjadikan Malaysia muflis. 

Korupsi dan kapitalisme kroni yang akan menjadikan Malaysia muflis .

“Sudah tiba masanya untuk kita membasmi kemiskinan, melaksanakan gaji minima dan mengurangkan beban kewangan golongan 60 peratus bawahan yang mempunyai purata pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40 peratus golongan yang terpaksa hidup dengan kurang daripada RM1,500 sebulan,” Lim dalam perutusan khasnya sempena sambutan Thaipusam hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi, kadar inflasi yang melambung menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia dan program-program sosial tidak akan menyaksikan Malaysia kerugian  RM1.077 trilion yang telah dibawa keluar daripada negara kita ekoran kegiatan korup dan kapitalis kroni. 

Unjuran kerugian tersebut berdasarkan jumlah keluaran wang secara haram dari Malaysia antara tahun 2000 hingga 2009 mengikut laporan terbaru Global Financial Integrity.

“Kerugian satu trilion ringgit ini bermakna bahawa 10 tahun pertama dalam abad ke-21 adalah dekad yang telah hilang dek korupsi.

“Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham Bumiputera  yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat itu yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja,” tambah Lim.

Lim (gambar) turut menjelaskan keadaan sama turut berlaku dalam skandal Perwaja dan kerugian dalam tukaran matawang asing oleh Bank Negara yang berjumlah RM20 bilion.

Tambahnya lagi bukanlah perkara yang pelik apabila  kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah menjunam ke tahap yang paling teruk selama 60 tahun.

 Menurut Lim, kegagalan BN untuk melaksanakan sistem tender terbuka juga telah mengakibatkan kapitalisme kroni.

“Lebuhraya Pantai Barat yang bernilai RM7.07 bilion dengan tempoh konsesi selama 60 tahun serta keengganan untuk memansuhkan tol Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang walaupun pengendali tol sudahpun mengaut keuntungan lebih daripada 100% ke atas pelaburan modal menunjukkan bagaimana kroni-kroni mendapat untung yang besar,” tegasnya.

Jelas beliau, situasi itu telah merugikan hampir seluruh 28 juta orang populasi Malaysia.

“DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu, DAP berharap bahawa pesanan kebaikan mengatasi kejahatan serta kebijakan dan pengetahuan akan mengukuhkan komitmen kita untuk membanteras korupsi dan kapitalisme kroni,” tambah Lim dalam kenyataan tersebut.

Perdana Menteri semalam pada majlis sambutan Chap Goh Mei di Klang berkata negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.

Menurut beliau, walaupun Malaysia bukan negara kebajikan namun kerajaan tetap menyedia dan melaksanakan dasar jaringan keselamatan sosial demi kebajikan rakyat, termasuk golongan kurang bernasib baik.

Tambahnya, melalui dasar jaringan keselamatan sosial dan memberi keutamaan kepada kebajikan, sebuah masyarakat yang lebih adil dan lebih seimbang daripada segi perkongsian kekayaan negara akan dapat diwujudkan.- malaysian insider


‘Crony capitalism’, not welfare state, will bankrupt Malaysia...

Lim Guan Eng today countered Datuk Seri Najib Razak’s criticism of Pakatan Rakyat’s (PR) welfare state concept by telling the prime minister that it is the Barisan Nasional (BN) government’s practice of “corruption and crony capitalism” that will bankrupt Malaysia. 

In his Thaipusam message here today, the Penang chief minister insisted that the implementation of a welfare state was meant to empower the poor and the weak, instead of fattening the pockets of rich cronies.

“There is no reason for Najib to be opposed to a welfare state which will make nearly all Malaysians winners, especially the poor, unless he is concerned about the few capitalistic cronies who will be the real losers,” Lim said.

The DAP secretary-general appeared to be responding to Najib’s attack on the welfare state concept during a function yesterday when the prime minister claimed it would only lead to “very serious economic problems”.

Najib, in pitting his administration against PR’s “welfare state”, boasted that it is the former that strives to provide a social safety net for Malaysians, to ensure wealth is fairly distributed.

“We are not a welfare state. All countries that practise a welfare state end up facing very serious economic problems,” Najib said, in an apparent reference to PAS’s “Negara Berkebajikan” concept.

“But we practise a social safety net and give priority to welfare. Then we can create a fair and just society that is balanced in sharing wealth,” the BN chief added in his 15-minute speech during the function.

Disputing Najib’s claim, Lim today pointed to the staggering flight of illicit monies from public coffers under the present BN administration’s system.


Najib said yesterday that the implementation of a welfare state would lead to “very serious economic problems”.
He highlighted the latest Global Financial Integrity Report on Malaysia, where it was revealed that a whopping RM1,077 billion of illicit capital had left Malaysia from 2000-2009.

Lim coined the 10-year period “a lost decade of corruption”, adding that it was no wonder why Malaysia’s ranking in Transparency International’s Corruption Perception Index had plummeted recently to its worst-ever spot in history at No.60.

The Bagan MP, who is currently serving his first term as Penang chief minister, also castigated the BN administration for refusing to follow in his government’s footsteps by implementing an open tender system for the awarding of contracts as well as compelling all Cabinet ministers to declare their assets in public.

“The refusal of the BN federal government to follow the Penang state government’s historical initiative of publicly disclosing the assets of the chief minister and EXCOS, does not lend confidence to BN’s commitment to integrity in leadership and public accountability.

“BN has also failed to implement an open tender system resulting in crony capitalism,” he said.

As examples, Lim cited reports on plans to build the RM7.07 billion West Coast highway for the longest concession period of 60 years and the government’s refusal to abolish toll charges for the North-South Expressway and Penang Bridge.

“Rising inflation has made life more difficult for Malaysians and their children.

“These social programmes (under the welfare state) may cost billions of ringgit but not to the magnitude of the RM1,077 billion of illicit money taken out of the country,” he said.- malaysian insider

cheers.

No comments: