30 November 2011

Mami lembu Feedlot dah mula Moo...moo...mooo...di PWTC...

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

source:malaysiakini

Sharizat aka Mami lembu Feedlot ooi....

Isu NFC ini adalah isu public kerana duit rakyat sebanyak RM260 juta diberi kepada syarikat laki hang. Yang hang pi menyalak dalam perhimpunan UMNO tu buat apa? Bukan UMNO yang bagi RM260 juta tu. Hang bertanggungjawab kepada rakyat bukan wanita UMNO.

Sharizat...Isu NFC dengan isu kes sodomi adalah dua isu yang berlainan. Kes sodomi laki Wan Azizah adalah isu peribadi, sedangkan isu NFC pula adalah isu public di mana laki hang dapat grant RM260 juta,bukan kerana dia tu pandai sangat ternak lembu,tapi grant diberi kerana status hang sebagai menteri dan ketua wanita UMNO. Lepaih dapat duit rakyat diberi,hampa beli kondo secara diam2 pula.

Laki Wan Azizah telah dihina dan dipukul atas tuduhan yang sukar diterima masyarakat, sedangkan laki hang pula sudah terang2 terlibat dengan skandal 'cowgate' dan boleh pula kehulu ke hilir bebas macam lembu di padang.

Ingat Sharizat ooi....Zuraida dan Saiffuddin tu adalah YB2 yang dipilih oleh rakyat. Tapi, hang sekadar merupakan menteri yang dilantik melalui pintu belakang, sedaqlah sikit!!!

Kalaulah perkara2 ini tak didedahkan oleh pembangkang, skandal tersebut akan disembunyikan daripada pengetahuan orang. Akhirnya orang2 Melayu dan rakyat jelata akan ditipu oleh penyamun2 tarbus UMNO macam hampa...


Shahrizat uses Anwar’s sodomy trial to deflect cattle scandal

cheers.

1 comment:

Wak Labu Farm said...

well done! very nice posting.
kesedaran sedikit bagi puak2 UMNO, jangan terlalu anggkuh - sedar diri muka berlumuran tahi lumbu.........